Bismillahirrahmanirrahim
|
Bersedia untuk mendengar arahan yang akan diberikan (TS2) |
“Wahai
Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah
simpulan daripada lidahku supaya mereka faham perkataanku..”
Itu antara
doa yang sering dilafazkan ketika hendak menduduki peperiksaan. Bagi warga Mybistari, bukan sekadar para ibu
bapa yang mendoakan untuk anak-anak mereka, guru-guru juga sama, mengharapkan
anak didik dapat melakukan yang terbaik dan dipermudahkan.
|
Murid-murid dilatih untuk menyusun beg di luar kelas (TS2) |
|
Jom ambil beg, kita dah habis jawab semua soalan peperiksaan! (TS2) |
Peperiksaan
semester 1 telahpun berakhir pada minggu lepas. Minggu ini dan seterusnya
adalah waktu penandaan dan semak semula kertas jawapan murid.
Debar cikgu
dan debar ibu bapa masih juga tak surut walaupun peperiksaan sudah berakhir,
yang seronok kelihatannya adalah anak-anak murid. Dari sebelum peperiksaan,
hari peperiksaan sehinggalah ke hari ini, mood seronok tak berkurangan. Lagilah
bagi murid-murid 5 tahun yang pertama kali menghadapi peperiksaan. Mereka
merasakan peperiksaan ini umpama menyiapkan worksheet yang diberi kepada mereka
setiap hujung minggu. Siap ada yang mahu tolong kawannya yang tak faham soalan.
|
Fokus menjawab soalan peperiksaan (TMPB) |
|
Hmmm.. saya rasa betul dah ni.. ok. saya yakin!! (TM) |
|
Kami dah siap tulis nama, cikgu!! (TKM) |
|
Sesiapa yang masih tak tahu nak eja nama kelas, tengok kat sini ya..(TIB) |
|
Guru sedang membantu murid memahami soalan, jangan terberi jawapan sudah ya.. (TIB) |
|
Bahagian mana tadi yang rasanya saya ada buat silap eh.. (TIMB) |
Alhamdulillah,
walaupun tarikh peperiksaan terpaksa
kami awalkan dari tarikh yang dirancang, aktiviti ini dapat dijalankan
dengan baik. Terima kasih kami ucapkan kepada para guru yang berhempas pulas
membuat ulangkaji dengan anak-anak murid dan juga pihak ibu bapa yang juga
turut membimbing anak-anak di rumah. Untuk masa sekarang ini, marilah kita
sama-sama menanti keputusan peperiksaan ya.
Insyaallah keputusan peperiksaan akan dapat dilihat pada 24hb Mei nanti di E-WARIS
|
Masa exam ni pun ada paparazi.. ok jap saya pose!! (TIPB) |
|
Guru memantau ketika peperiksaan (TS2) |
|
Jangan gerak sempoa.. saya nak tulis jawapan ni.. (TS2) |
|
Yes!! Ada pun soalan yang saya ulangkaji malam tadi! (TIMB) |
|
Hmmm.. sekali soalannya dalam Bahasa Arab daaa.. (TIMB) |
|
Sikit je lagi nak siap kira ni.. (TS1) |
|
Tekun menghadap kertas soalan (TIB) |
|
Peperiksaan paling mudah tetapi yang paling murid cepat penat, mewarna. (TNPB) |
|
Alamak, kita ni macam kembar tak seiras lah.. (TNPB) |
|
Sikit lagi.. sikit lagi.. (TMPB) |
|
Cikgu, untuk yang ini kalau terwarna sama tak dikira meniru kan? (TMPB) |
|
Alhamdulillah.. siap juga saya warna gambar ni (TNPB) |
Pesanan
kami kepada para ibu bapa, terimalah apa sahaja keputusan anak-anak anda dengan
hati yang terbuka. Akan ada murid yang dapat keputusan cemerlang, dan akan ada
murid yang sebaliknya. Jangan anak yang mendapat keputusan cemerlang dirai,
tapi anak-anak yang tak mencapai keputusan yang kita inginkan kita biarkan
tanpa beri kata-kata semangat padanya. Nampak mudah, tapi dari sekecil inilah
kita bentuk keyakinan diri, dan pupuk nilai positif dalam diri mereka. Perlu
diingat, anak-anak lebih mudah belajar dari layanan kita kepada mereka
berbanding segala macam pesanan yang kita beri pada mereka.
Di kesempatan ini kami warga MyBistari Group ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Insyaallah seperti yang dirancang, Hari Terbuka Sem 1 akan diadakan pada 10 dan 11hb Jun 2018, di penghujung Ramadhan. Sila berlapang dada dengan keputusan peperiksaan anak-anak ya, jangan marah-marah sangat, nanti kurang pahala puasanya.
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.