Bismillahirrahmanirrahim.
|
Hati-hati turun tangga tu.. (TKM) |
Apa itu latihan? Latihan
bermaksud melakukan atau melaksanakan secara berulang-ulang sesuatu halangan
atau tugasan untuk mencapai keinginan dan kesempurnaan yang diingini. Tugasan
ini akan menjadi lebih mudah sekiranya kita mengulanginya beberapa kali.
Untuk
makluman para ibu bapa, beberapa tadika kami sebelum ini pernah dilanda
musibah, antaranya kes pecah masuk dan juga banjir kilat. Alhamdulillah, ketika
kedua-dua musibah ini berlaku, tiada anak murid di tadika. Ini membuatkan kami
terfikir, bagaimana sekiranya berlaku musibah ketika anak-anak murid berada di
dalam tadika? Bolehkah para guru mengawal situasi dengan keadaan anak-anak
murid yang ramai dan juga suasana yang pastinya kelam kabut? Oleh kerana itu,
kami mengambil langkah untuk melatih bukan sahaja anak-anak murid, tetapi juga
diri kami sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku di tadika.
Latihan
kebakaran. Ini adalah latihan pertama yang kami adakan untuk memberi pendedahan
kepada warga MyBistari sekiranya perkara ini berlaku. Secara teorinya sudah ada
kami laksanakan di mana di setiap tadika kami ada pelan kebakaran, tangga kecemasan
ada disediakan dan juga alat pemadam api yang saban tahun kami perbaharui,
tetapi belum pernah melakukan latihan praktikal.
|
Contoh pelan kebakaran yang ada di tadika (TS2) |
|
Tangga kecemasan di TS2 |
|
Alat pemadam api yang siap dengan cara penggunaannya. (TS2) |
Hasil
perbincangan dengan pihak guru besar, kami sepakat untuk mengadakan latihan
kebakaran di setiap cawangan MyBistari Group. Untuk yang pertama kali ini,
tiada penggunaan alat pemadam api kerana tiada wakil dari pihak bomba yang
turut serta dalam latihan kami. Latihan kali ini lebih kepada membiasakan diri
anak-anak murid dan juga guru dengan laluan yang telah kami aturkan di pelan
kebakaran.
Mungkin
kerana sudah namanya guru tadika, apabila dikeluarkan arahan kepada cikgu untuk
berlakon kononnya ada kebakaran, tak perlu nak buat latihan lakonan, secara
spontan mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik.
|
Suasana aman tenteram sebelum latihan (TKM) |
|
Sesi P&P berjalan seperti biasa sebelum loceng kecemasan dibunyikan (TS2) |
“Api!!
Api!! Cepat ada api ni!!” jerit cikgu sambil membunyikan loceng tadika.
Walaupun suasana bertukar panik, tetapi cikgu tetap dapat mengawal kelas dengan
baik. Anak-anak murid juga memberikan kerjasama yang baik dengan mengikut
segala arahan yang diberikan oleh guru mereka.
|
Sini.. cepat ke sini!! (TIB) |
|
Tak perlu bawa beg! Cepat keluar dari kelas!! (TIB) |
|
Eh.. kan cikgu suruh kita tutup hidung dengan mulut! (TIMB) |
|
Menunggu giliran untuk keluar dari bangunan (TIMB) |
|
Alhamdulillah.. selamat kami keluar (TIMB) |
|
Kami tak perlu tangga kecemasan, cuma lalu ikut pintu belakang sahaja (TIPB) |
|
Cuba tengok sekeliling, cukup tak kawan-kawan sekelas? (TIPB) |
|
Betul tak cara kami tutup hidung ni? (TKM) |
|
Mana anak-anak murid kelas cikgu? Mari sini.. (TKM) |
|
Dapat juga kami merasa turun guna tangga ni (TM) |
|
Ok, semua cukup.. kita duduk semua (TM) |
|
Turun seorang demi seorang (TMPB) |
|
Alamak cikgu! Perut saya memulas pula!! (TMPB) |
|
Cepat selamatkan diri!! (TNPB) |
|
Ahhhhh.. akhirnya udara yang segar!! (TNPB) |
|
Bangun semua! Itu bunyi loceng kecemasan!! (TS2) |
|
Semua pergi berkumpul di tapak perhimpunan! (TS2) |
Lucu juga
kerana anak-anak murid sudah terbiasa apabila disuruh keluar dan beratur,
mereka akan capai kasut yang tersusun di rak, tetapi untuk kali ini bila dapat
arahan untuk tinggalkan kasut, ada juga yang terpinga-pinga dan tetap mahu
mengambil kasut mereka.
Insyaallah latihan begini akan diadakan lagi. Diharap pada latihan yang seterusnya murid-murid akan lebih terkawal dan faham apa yang perlu mereka lakukan dan kemana arah yang patut mereka tuju. Practice makes perfect!
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.