|
Ikan naik ke darat di Festival Layang-Layang Sedunia 2018 |
Bismilahirrahmanirrahim.
Layang-layang
kalau tidak seimbang, tak akan dapat naik ke atas. Sekiranya ke atas sedikit,
akan mudah jatuh terjerumus ke tanah. Kerana itu layang-layang perlu diberi
keseimbangan. Sama ada diberi ekor yang panjang ataupun diberi penyeimbang di
kiri dan kanan layang-layang. Begitu jugalah dalam mendidik anak-anak kecil
ini, perlu ada keseimbangan dan cara yang betul. Lebih-lebih lagi dalam keadaan
dunia yang semakin moden dan mencabar ini, para ibubapa dan guru-guru perlu
tahu menyeimbangkan bukan sahaja ilmu dunia dan akhirat, tetapi juga emosi
semasa mendidik mereka. Insyaallah anak-anak dapat kita bekalkan dengan ilmu
yang bermanfaat. Apa ya kaitannya layang-layang dengan cerita yang nak saya
ceritakan kali ini?
Pada akhir
bulan Februari yang lepas, telahpun berlangsungnya salah satu acara tahunan di
Pasir Gudang iaitu Festival Layang-Layang Sedunia. Seperti kebiasaannya, kami
akan membawa anak-anak K2 ke tapak festival untuk merasai keseronokkan festival
ini. Segala jadual perjalanan dan waktu lawatan telahpun disediakan agar
melancarkan pergerakkan lawatan nanti.
Sehari
sebelum kami membawa mereka ke tapak festival, beberapa murid dari cawangan
kami telahpun kami pilih untuk mewakili tadika di pertandingan mewarna
bersempena dengan festival ini. Seawal pagi lagi kami yang ditugaskan untuk
membawa para peserta mewarna telah datang ke cawangan untuk mengambil,
menghantar dan menjaga mereka di tapak festival.
|
Pertandingan diadakan di Astaka Di Raja Bukit Layang-Layang |
|
Puan Fiza sedang memeriksa murid yang sedang menulis nama di belakang kertas. |
|
Bismillah.. kita mulakan ya |
|
Hampir siap dah tu |
|
Cepat sikit dik, kawan yang lain dah mula mewarna tu. |
|
Sepenuh tumpuan mewarna |
|
Hati-hati, jangan di tekan sangat mewarna tu, kertas ni mudah koyak. |
|
Para peserta yang sudah siap mewarna sedang menunggu rakan-rakan yang lain. |
|
Wakil dari Tadika Inovasi Bestari |
|
Wakil dari TPB Taman Mawar |
|
Wakil dari Tadika Nur Pintar Bestari |
|
Contoh cenderahati yang peserta perolehi. |
Agak
berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya, kali ini apabila pertandingan
dijalankan, pihak ibubapa dan para guru tidak disuruh keluar dari gelanggang
pertandingan, hairan juga kami kerana selalunya sebelum pertandingan dimulakan,
kami akan diarahkan keluar dan pantau dari tepi sahaja. Jadi apabila
pertandingan dimulakan, ada juga sebilangan para ibubapa dan guru pengiring
yang membantu para peserta untuk mewarna dan menambah corak pada kertas
pertandingan. Selesai sahaja anak-anak ini mewarna, kami kumpulkan di tepi
tapak pertandingan, tunggu sehingga semua wakil dari MyBistari habis mewarna
baru kami hantar mereka pulang ke tadika masing-masing. Alhamdulillah, ada
cenderahati untuk para peserta dari pihak penganjur.
Ketika
dalam perjalanan pulang ke tadika bersama mereka, terdengar bualan mereka yang
berada di tempat duduk belakang,
“Rasanya
ada chance tak kita menang? Ramai je tu yang warna cantik-cantik..”
“Ha’ah
yelah.. kita colour biasa-biasa aje kan?”
Terpaksalah
saya menyampuk perbualan mereka.
“Yang
cantik-cantik tu diorang tu semua buat sendiri ke ada yang bantu?”
“Sebelah
kita tu cikgu dia lukis kan corak dengan colour sikit-sikit..”
“Jadinya
wau tu cantik sebab budak tu buat sendiri ke atau sebab ada yang bantu?”
“Sebab ada
yang bantu..” jawab mereka serentak.
“Kalau
cikgulah.. cikgu lebih suka cuba untuk buat sendiri, tak kira cantik atau
biasa-biasa je hasilnya, janji itu hasil kerja cikgu sendiri, bukti yang cikgu
boleh buat sendiri, tak perlu bantuan orang lain. Barulah hebat!”
Terdiam
mereka agak lama juga sehinggalah salah seorang dari mereka bersuara,
“Ha’ah
lah.. kita kan hebat..” ye.. semangat itulah yang cikgu cari!!
Dan seperti
yang kami duga, untuk kali ini tiada pemenang dari wakil MyBistari Group, tapi
Alhamdulillah cenderahati yang diperoleh oleh peserta itupun sudah cukup buat
mereka rasa gembira.
Keesokkan
harinya adalah hari lawatan bagi murid-murid kami. Memandangkan jumlah murid
yang terlalu ramai, kami bahagikan hari lawatan kepada dua hari mengikut sesi
pagi dan petang. Pada hari yang pertama, murid-murid dari TPB Taman Mawar,
Tadika Nur Pintar Bestari dan Tadika Inovasi yang memulakan lawatan.
Alhamdulillah, adalah juga kelibat layang-layang di awal pagi untuk dijadikan
santapan mata anak-anak ini. Terujanya mereka apabila layang-layang menari bila
ditiup angin hinggakan ada yang minta izin untuk masuk ke kawasan layang-layang
untuk berada lebih dekat dengan layang-layang.
Pada sesi petangnya pula, kami hadir ketika waktu rehat. Jadi tidak banyak layang-layang yang dinaikkan. Tetapi Alhamdulillah anak-anak yang hadir tetap terhibur bermain dan meluangkan masa bersama dengan kawan-kawan di tapak festival.
|
Beratur menaiki bas ke tapak festival |
|
Hati-hati naik tangga bas tu |
|
Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi!! |
|
Ok jom ramai-ramai panjat bukit layang-layang! |
|
Kita duduk dahulu tunggu yang lain sampai |
|
Meriah juga layang-layang di langit |
|
Seronoknya!! |
|
Isi perut dahulu sebelum bermain |
|
Nampak tak tu layang-layang kat belakang tu? |
|
Besarnya layang-layang tu!! |
|
Kita duduk-duduk dulu ya cikgu? |
|
Yes.. jom meriahkan suasana sini! |
|
Ala.. kenapa tak keluar buih ni? |
|
Bebasnya saya!! |
|
Sibuk dalam dunia masing-masing. |
|
Langit mula penuh dengan layang-layang |
|
Ikan pari dengan ikan paus pun boleh terbang? |
|
Cuba awak pula yang tiup |
|
Bestnya.. taknak balik boleh? |
Untuk
lawatan yang kedua pula yang melibatkan TPB Tmn Scientex 1, TPB Taman Scientex
2 TPB Taman Kota Masai, Tadika Ilmu Pintar Bestari, Tadika Minda Pintar Bestari
dan Tadika Intelek Minda Bestari kami adakan pada hari terakhir festival. Nasib
kurang menyebelahi untuk trip yang kedua ini kerana layang-layang yang besar
dan menarik sudah tiada. Hari pertandingan sudahpun tamat, jadi para peserta
juga sudah ramai yang meninggalkan tapak festival. Terkebil-kebillah anak-anak
memerhatikan ruang padang yang kosong. Maafkan kami ye anak-anak, tak sangka
pula begini keadaannya pada hari terakhir.
Tetapi jangan risau, guru-guru semua ada back up plan untuk hilangkan kebosanan anak-anak ini. Bila nampak mood mereka hampir ke laut, segera cikgu-cikgu keluarkan senjata rahsia untuk basmi kebosanan, buih sabun! Nampak sahaja botol buih sabun berada di tangan cikgu mereka, wahhhhh.. terlonjak-lonjak kegembiraan semuanya. Hinggakan ada penjual yang berada di tapak festival teruja melihat kegembiraan memberi pinjam permainan buih sabun yang ada di gerainya. Main sehingga puas kemudian pulangkan semula pistol buih sabun kepadanya. Terima kasih ya encik yang kami tak sempat tanya namanya.Tapi harapnya mereka tetap terhibur dengan
lawatan ke tapak festival bersama kawan-kawan yang lain.
|
Bacaan doa naik kenderaan sebelum naik bas. |
|
Pastikan semua murid dibawah jagaan masing-masing cukup. |
|
Ok dah cukup, jom jalan!! |
|
Seronoknya dapat naik bas!! |
|
Alhamdulillah kami selamat sampai. |
|
Tiup kuat sikit cikgu... |
|
Yeay!! Ada buih sabun!! |
|
Cuba tangkap buih sabunnya!! |
|
Cikgu, saya nak cuba boleh? |
|
Lagi cikgu lagi!! |
|
Hmmm.. betullah cikgu tengok dah ni.. layang-layang takde.. |
|
Layang-layang tiada, tengok ni pun cukuplah cikgu.. |
Kembara menambah
ilmu kami tidak berhenti disini sahaja tau. Pada bulan April nanti aka nada lawatan
bagi murid-murid K1 pula ke Sanrio Hello Kitty.Penyertaan untuk lawatan masih
lagi dibuka. Pihak ibubapa dan penjaga bolehlah dapatkan borang kebenaran
berkenaan lawatan ini di surat makluman yang telah kami edarkan.
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.