Alhamdulillah..
selesai sudah segala acara lawatan bersama murid-murid K2, kini giliran
murid-murid K1 pula yang akan merasa keseronokan lawatan. Jika murid-murid K2
kami bawa ke tempat yang terbuka, bagi murid-murid K1 pula kami bawa ke tempat
yang tertutup dan lebih ketat jagaannya dengan harapan agar mudah kami
kendalikan mereka dan dalam masa yang sama samada anak-anak murid dan guru turut
rasa terhibur.
Dari jauh sudah kelihatan bangunan merah ini.
Seperti
yang telahpun kami adakan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, murid-murid K1
akan kami bawa ke Sanrio Hello Kitty Town. Walaupun jumlah penyertaan agak
ramai, tetapi jangan risau, anak-anak murid tidak akan berebut untuk menikmati
permainan dan aktiviti yang ada di sana kerana perancangan yang teliti sudah
pun kami aturkan. Murid-murid dan guru-guru penjaga akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dan pergerakkan setiap kumpulan itu juga kami sudah tetapkan.
Sanrio Hello Kitty Town yang tiga tingkat ini Insyaallah cukup ruang untuk
semua merasai keseronokkannya.
Staf Sanrio sedang memasang tag masuk di tangan anak-anak murid.
Cikgu semak sekali lagi tag di tangan murid sebelum melangkah masuk ke tempat aktiviti.
Berkumpul di level ini dahulu untuk bergambar.
Dah sedia untuk bergambar?
Senyum!!
Walaupun
mungkin ada diantara mereka yang telah pergi beberapa kali dengan keluarga,
tetapi nikmat pergi dengan kawan-kawan dan guru lain rasanya. Tahun lepas,
walaupun ada guru yang kami aturkan untuk mengetuai aktiviti di tingkat
tertentu, ada juga murid yang lebih arif dengan selok belok Hello Kitty Town
ini. Siap ada yang beritahu,
“Cikgu..
nak masuk ke dalam tempat mainan Black Wonder ni ada masanya lah cikgu.. bukan boleh masuk
suka hati aje macam yang lain-lain..” huhu.. alamak.. kena tunggu waktu yang
ditetapkan pula.
Mari kita hias biskut ni
Dah siap hias.. kita makan!!
Menanti giliran untuk masuk ke dalam rumah Hello Kitty
Rasa macam duduk atas kerusi kat istana
Tolong mainkan lagu Si Comel Pipi Merah please..
Penatnya...
Errr.. boleh tak kami mandi ramai-ramai macam ni?
Say cheese!!
Cikgu pun turut sama bergambar
Bergambar di pokok Hello Kitty
Selesa ke tu tidur sambil duduk?
Macam kat dunia khayalan..
Mana orang nak ambil order tadi? Lapar dah ni
Alamak, kita kat ekor kuda!!
Comelnya rumah strawberi ni!!
Laju lagi pusing!!
Gelap ah tempat ni, cepat ambil gambar.. kami takut ni
Beratur menunggu giliran untuk masuk ke ruang aktiviti
Yes!! Sampai pun giliran kami!!
Ada juga yang komen,
“Cikgu.. kat Hello Kitty ni paling best tingkat atas, yang ada Thomas tu.. situ lagi banyak games. Nak main banyak-banyak kali pun boleh.. kat sini bila habis satu tempat bila kena cop dah tak boleh masuk lagi dah..” sempat lagi tu beri pandangannya pada kami.
Photobooth Bad Badtz-Maru
Eh.. naik ramai-ramai nanti kena saman
Banyaknya bebola kecil!!
Hmm.. betul ke susunan blok tu?
Hai!! Kami bergambar dengan Roley (Bob The Builder) ni!!
Inilah mak kepada bola-bola kecil ni
Ramainya geng Pingu!!
Bestnya dapat bergambar dengan Barney!
Hmmm.. nak belajar apa hari ini?
Weeeeeee!! Lajunya!!
Bob The Builder!! Can we fix it?
Yes!! Kita menang kali ni!!
Lagi berapa pusingan mereka ni nak habis?
Jom balik kampung!!
Sir Topham Hatt pun sudi bergambar dengan kami
Senang
cerita sebenarnya sebanyak mana masa yang kami peruntukkan untuk setiap tingkat
memang takkan pernah cukup dan puas. Lagilah bila ada mini show dari Hello
Kitty & Friends dan juga Thomas & Friends, lagilah susah nak berganjak
meninggalkan tempat itu. Jika sebelum ini cuma dapat tengok karakter ini
beraksi di kaca televisyen, kali ini dapat tengok di depan mata memang tak
berkedip dibuatnya.
Asyik menonton persembahan Bob The Builder
Kenapa dengan Thomas tu?
Alamak, dia ajak menari pula..
Murid-murid
juga tidak akan pulang dengan tangan kosong. Akan ada cenderahati berupa gambar
yang akan dibawa pulang sebagai tanda ingatan mereka pernah ke Sanrio Hello
Kitty Town bersama-sama dengan kawan-kawan seperjuangan.
Jadi bagi
ibu bapa yang telahpun menghantar borang penyertaan, terima kasih kami ucapkan.
Bagi yang mungkin terdetik hati untuk membenarkan anak-anak turut serta dalam
lawatan kali ini, boleh cuba hubungi guru besar di cawangan untuk bertanyakan
berkenaan kekosongan penyertaan.
Jom kita
masuk ke dunia animasi!!
Oppss.. sebelum tu mari kita tonton kembali video lawatan pada tahun lepas!!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.