Bismillahirrahmanirrahim.
|
Para guru dan murid-murid Tadika Nur Pintar Bestari |
“The world
is as large as you let it be. Each step you take into the unknown reveals a
thousand more steps of possibility. Earth may not be growing, but your world
certainly does with each step you take.”
Antara
bait-bait ayat yang suatu ketika dahulu pernah pensyarah ungkapkan. Tapi
biasalah ketika itu tak ambil pusing apa yang dikatakannya sebab pada masa itu
nampak semuanya sama sahaja. Keadaan berubah apabila masuk ke dalam dunia
anak-anak kecil ini. Setiap satu benda baru yang mereka nampak dan alami,
adalah satu ilmu yang baru bagi mereka, gedung ilmu mereka juga semakin
berkembang. Lebih menyenangkan hati cikgu-cikgu bila anak-anak murid dapat
mengaitkan ilmu yang baru ini dengan
ilmu yang sedia ada dan juga keadaan persekitaran mereka.
Oleh sebab
itu apabila pihak tadika mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid,
kami amat menggalakkan ibu bapa untuk memberi kebenaran kepada anak-anak untuk
turut serta dalam lawatan ini. Dari pengalaman naik bas bersama-sama dengan
guru dan rakan-rakan, sehinggalah pengalaman tertidur kepenatan dalam
perjalanan balik ke tadika, itu semua akan menjadi antara pengalaman dan ilmu
yang takkan dilupakan oleh murid-murid.
|
Murid-murid dikumpulkan di halaman luar tadika (TIMB) |
|
Wajah-wajah teruja sebelum lawatan dimulakan. (TIB) |
|
Beratur.. cikgu taknak ada yang tersalah barisan. (TS1) |
|
Kita duduklah dulu sementara menanti bas sampai (TS1) |
|
Hati-hati naik basnya. |
|
Bagus beratur, tak berebut-rebut. (TS1) |
|
Lebarnya senyuman dia. |
|
Eh, dah siap berbantal? Nak tidur dah ke? |
Untuk lawatan murid K2 tahun ini, kita kembali semula ke Tanjung Balau dan juga Ladang Burung Unta. Antara lawatan yang memerlukan perancangan yang lebih teliti kerana murid bukan sahaja datang melawat kawasan yang dinyatakan, mereka juga akan bersukaneka di pantai Tanjung Balau. Jadi seperti yang dilakukan dua tahun yang lepas, kami pihak pengurusan bergerak dahulu ke Tanjung Balau untuk menyiapkan tapak sukaneka. Alhamdulillah, siap sahaja tapak sukaneka, kelibat bas pertama pun muncul di kawasan letak kenderaan.
|
Selamat sampai ke Tanjung Balau. |
|
Masing-masing sibuk menyiapkan tapak sukaneka. |
|
Ok siap dah. Mana tak sampai lagi ni? |
“Fuhh..
naik bas rasa macam naik lori besar, tapi ada aircond!! Kan best kalau dapat
naik bas tiap-tiap hari pergi tadika!” jawapan dari seorang murid Taman
Scientex 2 apabila saya bertanyakan tentang pengalamannya menaiki bas.
Rata-rata
yang turun dari bas ada dua ekspresi di wajah mereka, tersenyum lebar ataupun muncung
sedepa. Yang tersenyum lebar itu kerana bangga dapat naik bas dan turun dengan
pemandangan indah terhidang di depan mata. Bagi yang muncung pula kerana
dikejut bangun oleh para guru kerana telahpun sampai ke destinasi. Sedap dan
lena tidur dalam bas.
Bila semua
mereka yang terlibat dengan lawatan tiba di tapak sukaneka, terus dibahagikan
mengikut jenis permainan yang telah ditetapkan. Meriahnya mereka tak perlu nak
dicakap, masing-masing teruja dengan pantai yang luas terbentang di depan mata
dan juga dengan tapak sukaneka yang telah kami sediakan.
Disebabkan
masa yang agak terhad di sini, kami telah pun membahagikan setiap cawangan
dengan permainan sukan yang tertentu :
1) TPB
Taman Mawar – Zig zag kangaroo
2) Tadika
Nur Pintar Bestari & Tadika Minda Pintar Bestari – Tarik bola dalam gelung
3) Tadika
Ilmu Pintar Bestari – Terompah gergasi
4) TPB
Taman Scientex 2 & TPB Taman Kota Masai – Bawa pundi kacang di kepala
5) TPB
Taman Scientex 1 – Lari dalam guni
6) Tadika
Intelek Minda Bestari & Tadika Inovasi Bestari – Masukkan gelung dalam kon
|
Cepat!! Kawan laju je pusing tu!! |
|
Alamak cikgu, susahnya nak masuk!! |
|
Setelah penat bersukaneka, kita isi perut dahulu. |
|
Laparnya saya.. |
Untuk ke
peringkat seterusnya, juara bagi setiap cawangan akan dipertandingkan bagi
melayakkan mereka ke peringkat akhir. Untuk peringkat akhir, cuma 8 peserta
sahaja yang terpilih.
Untuk
peringkat akhir, permainannya agak sukar berbanding sebelumnya, para peserta
perlu memasang manik-manik di tali yang disediakan, kemudian lari lima pusingan
keliling kon dan perlu berlari merebut tiga bendera yang disediakan di garisan
penamat. Agak lucu juga melihatkan gaya anak-anak ini perlu berlari lurus
selepas berpusing-pusing lari keliling kon.
Ini
keputusan peringkat akhir sukaneka:
Tempat
pertama : Adik Maryam Binti Mohd Rizal (TIB)
Tempat
kedua : Adik Akmal Hafiy Bin Mohd Nor Afandi (TIB)
Tempat
ketiga : Adik Auni Zuhairah Binti Mohd Azri (TMPB)
|
Sedang bersiap sedia untuk saringan ke peringkat akhir. |
|
Eh, mana boleh pegang bola pingpong tu lah.. |
|
Yeay!! saya menang!! |
Sukaneka
ini juga melibatkan kategori guru besar, bukan selalu bagi kita nak tengok guru
besar yang selalunya tegas dalam menjalankan tugas melompat-lompat di dalam
guni.
Bagi
kategori guru besar pula, tempat pertama diraih oleh Cik Noor Fazlini Binti Jusoh dari Tadika Nur
Pintar Bestari, tempat kedua Puan Noorhaliyati Binti Mohd Hamdan yang
menggantikan guru besarnya dari Tadika Intelek Minda Bestari dan yang tempat
ketiga pula Cik Seri Rahayu Nengsih dari Tadika Ilmu Pintar Bestari.
Selepas
selesai sesi penyerahan hadiah dan juga makan tengahari, kami semua bertolak ke
Ladang Unta yang terletak di Pengerang. Saya dan Puan Shawariah yang menyusul
ke sana terlebih dahulu untuk menguruskan pembelian tiket. Maklumlah, jika
hendak beli tiket pada masa yang sama dengan kedatangan anak-anak murid, mahu
haru biru jadinya kerana ladang ini tidaklah besar sangat, kami terpaksa
aturkan kepada dua trip lawatan. Trip yang pertama adalah Bas 1 hingga Bas 3
(TNPB, TIB,TM dan TS1), trip yang kedua Bas 4 hingga Bas 6 (TS2, TKM, TIPB, TMPB,
dan TIMB). Untuk pakej kali ini, kami semua akan berpeluang merasa telur dadar
burung unta. Rasanya sama sahaja dengan telur dadar biasa, tetapi teringin
jugalah mahu rasa telur burung unta.
Apabila trip pertama sampai di lokasi, kami terus dibawa masuk dan berkumpul di bahagian penerangan. Sebelum diberi pelepasan untuk berjalan disekitar ladang, kami dengar dahulu taklimat dan sedikit penerangan berkenaan burung unta oleh para pekerja di situ. Murid-murid amat teruja bila mereka menunjukkan telur burung unta.
“Ya Allah besarnya cikgu!! Betul boleh makan ke ni?” terbeliak mata mereka melihat kebesaran telur burung unta itu.
“Ya.. nanti keluar dari sini kita rasa telurnya ya,” jawab staff di situ yang mungkin terdengar soalan murid kami.
Terus terang sebenarnya tumpuan mendengar taklimat adalah dalam sepuluh minit sahaja kerana selepas itu kepala mereka sudah mula berpusing-pusing memerhatikan persekitaran kawasan. Ada yang siap terus duduk pusing menghadap burung-burung unta yang berada di dalam kepungan di belakang mereka.
Habis sahaja sesi taklimat, guru-guru membawa anak murid jagaan masing-masing ke sekitar ladang. Bermacam-macam ragam, ada guru yang takut anak murid terlebih berani, dan ada juga guru yang berani tetapi anak-anak murid pula yang kecut perut bila berdepan dengan burung unta. Namun begitu mereka tak melepaskan peluang untuk memberi makan burung-burung unta, bergambar sambil berdiri di atas telur burung unta, dan juga memegang burung unta. Seronoknya bukan main.
|
Kami sudah sampai!! |
|
Bergambar sebelum memberi makan burung unta. |
|
Hati-hati, ada yang memerhati di belakang tu!! |
|
Mari cikgu tolong pegangkan. |
|
Alamak, besarnya dia buka mulut!! |
|
Pegang perlahan-lahan, jangan sampai dia terkejut. |
|
Ok..beri laluan.. beri laluan.. |
|
Jom bergambar kenangan!! |
|
Ramainya adik-adik comel nak tengok saya!! |
|
Oh.. macam ni rasa bulu pelepah burung unta.. |
|
Hebat tak saya? Berdiri atas telur burung unta tapi tak pecah!! |
|
Cikgu, jangan lepaskan.. saya tak yakin ni. |
Tak lama
selepas itu, trip kedua pula sampai untuk sama-sama merasa keseronokkan di
ladang burung unta. Kali ini ada staf juga yang sedia menanti di ruang
berkumpul di luar ladang. Sempat juga dia membawa seekor anak burung unta yang
baru sehari menetas untuk ditunjukkan kepada anak-anak murid. Dia juga membawa
sebiji telur burung unta dan memberi keizinan kepada anak-anak murid untuk
menyentuhnya. Apa lagi, berebutlah mereka hendak pegang telur tersebut.
“Haa..
pegang pegang.. kulit telurnya ini sangat tebal dan keras. Sebiji telur ni sama
dengan sepuluh biji telur ayam,” terang pakcik yang melayan kerenah murid-murid
yang baru sampai.
“Keras? Kalau
lepas kat lantai tak pecah eh?” soal seorang murid.
“Tak pecah
punya.. lantai tak pecah.. telur pecah..” jawab pakcik itu sambil tertawa.
Tersengih-sengih semua yang ada di situ mendengar jawapan yang diberi.
|
Boleh tahan berat juga telur ni cikgu. |
|
Yes!! dapat juga rasa pegang telur ni! |
|
Tengok ni, sama besar dengan muka dia!! |
|
Oppsss.. hati-hati, jangan sampai jatuh.. |
|
Apa yang ada kat dalam ni cikgu? |
|
Ooo.. ini yang baru menetas semalam eh cikgu? Besar juga!! |
Setelah
puas membelek telur burung unta dan melihat anak burung unta yang berumur
sehari, murid-murid diarahkan untuk masuk ke dalam ladang. Sama seperti
kumpulan yang pertama, mereka diberi taklimat berkenaan burung unta terlebih
dahulu sebelum diberi peluang menjelajah dunia kecil burung unta di ladang ini.
Setelah
hampir dua jam di dalam ladang burung unta, secara berperingkat juga kami
arahkan guru-guru dan murid-murid untuk naik semula ke bas. Sebelum itu, kami semua berkumpul dahulu di
restoran yang ada di luar ladang untuk merasa kenikmatan telur dadar burung
unta. Yang kurang gemar telur cuma merasa sekeping sahaja, tetapi yang memang
peminat telur, berkeping-keping dimakannya. Siap tanya, ada lagi tak makcik? kepada
pelayan di restoran.
|
Mari cikgu suapkan telur dadar ni. |
|
Sempat juga cikgu ambil peluang rasa telur dadar. |
|
Jom suap anak murid!! |
Perjalanan
pulang ke tadika masing-masing Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Dek kerana
kepenatan, murid-murid kebanyakkannya tidur sepanjang perjalanan balik. Cikgu
juga ada yang tertidur, kepenatan melayan kerenah anak-anak murid di Tanjung
Balau dan di Ladang Burung Unta.
|
Mimpi bermain pasir di Tanjung Balau atau beri makan burung unta ni? |
Kami amat
berharap dengan lawatan ini ada beberapa ilmu baru yang diperolehi oleh
anak-anak murid. Ilmu bukan hanya boleh didapati di dalam kelas sahaja, tetapi
juga dari semua pengalaman yang mereka lalui sepanjang hidup mereka.
Bulan April
nanti akan ada lawatan untuk murid-murid K1 pula. Jom pergi jalan-jalan lagi!!
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.