Semenjak Isnin lagi, penglihatan saya agak kabur. Mungkin mata ini telah dimamah usia dan memerlukan cermin mata, detik hati saya.
Oh tidak rupanya. Mata saya masih ok-ok saja lagi. Rupanya Pasir Gudang dilanda jerebu. Inilah yang berlaku sepanjang minggu ini. Kalau yang sentiasa bekerja di luar, mungkin akan merasai perbezaan cuaca ini. Mata rasa pedih dan hidung terasa perit.
Anak-anak di tadika juga telah mula memakai 'nasal mask'. Setiap hari dalam minggu ini guru-guru menasihati anak-anak agar banyakkan minum air, kurangkan bermain...
Friday, June 21, 2013
Wednesday, May 29, 2013
PROGRAM KITAR SEMULA

23 Mei 2013
Sehari sebelum bercuti, rangkaian Tadika Pintar Bistari mengadakan program kitar semula di semua cawangan. Bulan ini anak-anak diminta untuk membawa 3 naskhah suratkhabar lama setiap seorang ke tadika untuk dikumpulkan. Hasilnya ini....
Sebanyak 433kg suratkhabar lama dapat dikumpulkan dalam program pada hari ini. Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang sama-sama memberi galakan kepada anak-anak. Kalau...
Thursday, May 23, 2013
TADIKA BERCUTI

Tadika dan semua guru akan mula bercuti bermula esok 24hb sempena hari Wesak sehinggalah ke 28hb (Selasa). Dan dari 29hb sehingga habis cuti semester 1, tadika dibuka seperti biasa bagi membuat persiapan P & P Semester ke-2. Sekiranya ada urusan, silalah datang ke tadika setelah guru-guru naik bekerja.
Tuan/Puan,
Jangan lupa untuk ke Hari Terbuka tadika pada 5 dan 6hb. 5hb untuk anak-anak K1 dan 6hb untuk anak-anak K2. Sila rujuk surat makluman...
SALAM DARI KOTA BOGOR
Assalamualaikum,
Bermula esok anak-anak sekolah di Malaysia telah mula bercuti. Lama tu 2 minggu. Sekarang ini saya di Kota Bogor. Bukannya dah bercuti awal tetapi sekarang ini menemani anak-anak bersekolah di sini. Dah masuk minggu ke-3 pun. Bergilir-gilir dengan Cikgu Tamizi. Mungkin ramai yang tak pernah dengar Kota Bogor kan? Kalau Jakarta tu kat Mangga 2 @ Tanah Abang, memang ramai yang dah tahu dan mungkin dah ramai yang pergi berkali-kali...
Tuesday, February 19, 2013
2013 SESI FOTOGRAFI KELAS
Assalamualaikum. Semoga kita semua di bawah rahmat dan lindungan Allah hendaknya. Wah!! Dah lama benar saya tidak update blog ini. Rindu pada blog sendiri. :)
Hari ini saya akan update gambar-gambar kelas semasa sesi fotografi bulan lepas. Kat sini saya letakkan gambar wakil-wakilnya sahaja. Kalau nak lihat secara keseluruhan, sila lihat slideshow di sebelah kiri ya.
Kalau nak copy pun tak ada masalah, TIADA HAKMILIK TERPELIHARA.Silakan...