“Cikgu,
hari tu kita pergi airport, hantar atok dengan nenek nak pergi haji. Minggu ni
kita pula yang nak pergi,” sapa seorang murid yang baru ku kenal semalam.
Kami di
bahagian pengurusan diberi tugasan baru, diamanahkan untuk ke beberapa cawangan
pada setiap pagi. Alhamdulillah, saya ditugaskan ke cawangan lama saya, Tadika
Pintar Bistari Taman Scientex 1. Rasa seronok tu tak habis lagi bila berjumpa
para pemandu van dan juga jiran-jiran lama yang masih ada selorong dengan
tadika.
“Oh.. naik
dekat KLIA lah ye awak nanti?” soalku semasa dia sedang membuka kasut
sekolahnya.
“Tak, naik
kat tadika,” jawabnya sebelum terus berlalu masuk ke dalam tadika.
Terpinga
sekejap saya, kemudian baru teringat,
“Oh.. ni
mesti peserta program haji cilik, terlupa pula.”
Alhamdulillah,
penyertaan untuk tahun ini semakin bertambah, jika tahun lepas penyertaannya
adalah 222 jemaah haji cilik, untuk tahun ini, setakat ini penyertaan adalah
242 dan masih lagi ada cawangan yang memberitahu akan ada pertambahan ahli
jemaah. Semoga Allah memberkati usaha kita semua untuk mendidik dan mengenalkan
anak-anak ini apa itu rukun islam yang ke lima.
Persiapan
juga sedang rancak kami lakukan. Dari pembelian kain ihram dan telekung bagi
para jemaah, hinggalah ke plastik untuk menyimpan rambut yang akan di tahallul.
Ini adalah kali ketiga kami adakan sendiri program simulasi haji cilik ini. Saya kongsikan disini persiapan dan program yang dilaksanakan tahun lepas.
Kit simulasi haji cilik yang bakal diterima para jemaah.
Proses pemasangan model kaabah dilakukan malam sebelum program.
Para jemaah berkumpul di tadika masing-masing.
Batu-batuan yang perlu dikutip untuk melaksanakan lontar.
Ucapan aluan oleh En Ahamed Tamizi.
Para jemaah setia menanti arahan seterusnya.
Untuk setiap rukun haji, kami sediakan checkpoint untuk memudahkan urusan semua. Di setiap checkpoint akan ada para penjaga yang akan memantau dan membantu urusan di situ. Bagi yang sudah selesai melaksanakan rukun tersebut, akan diberikan stiker menandakan mereka telah selesai urusan di situ dan boleh bergerak ke checkpoint yang lain.
Penjaga checkpoint 1 - Wukuf di Arafah
Checkpoint 2 - Mabit di Muzdalifah.
Checkpoint 3 - Melontar 3 jamrah.
Checkpoint 4 - Tawaf.
Checkpoint 5 - Saie.
Checkpoint 6 - Tahallul.
Bersedia untuk menaiki bas.
Masih menanti para jemaah yang belum tiba.
Sedang berwukuf di Arafah.
Menanti giliran untuk mengutip batu.
Jangan lupa kira batu nya.
Pastikan balingannya kena pada model jamrah yang disediakan.
Tawaf keliling Kaabah.
Bila selesai rukun di checkpoint, stiker akan diberikan.
Penjaga checkpoint saie sedang menanti para jemaah.
Ulang alik 7 kali ya!
Menyimpan rambut yang sudah ditahullul.
Disetiap checkpoint kami sediakan air, agar jemaah yang penat dan haus dapat menghilangkan dahaga.
Terima
kasih kami ucapkan kepada para ibubapa yang pernah dan akan menjadi sebahagian
dari tenaga kerja program simulasi ini sebagai mutawwif. Mungkin nampak mudah
sahaja membawa bendera dan mengetuai para jemaah cilik ini bergerak dari satu
checkpoint ke checkpoint yang lain, tetapi bagi mereka yang sudah merasainya,
berpeluh-peluh juga melayan kerenah para jemaah cilik ini.
Penyerahan bendera kumpulan.
Mutawwif perlu berjalan dihadapan dengan mengibarkan bendera agar para jemaah tak terikut kumpulan yang lain.
Ayuh para jemaah! Ada tanggungjawab yang perlu kita tunaikan!!
Tersenyum bangga mengibarkan bendera.
Sini, tengok sini, jangan ikut bendera yang belakang tu. Itu kumpulan lain.
Setia dengan benderanya sementara para jemaah sedang bertahallul.
Terima kasih kerana sudi bekerjasama!!
Bergambar kenangan dengan para jemaah haji cilik dibawah jagaan masing-masing.
Upacara penyerahan semula bendera.
Bagi ibubapa dan penjaga para jemaah tahun ini, bersiap sedialah dengan latihan memakai kain ihram bagi jemaah lelaki. Jemaah perempuan mudah sahaja bertelekung, tetapi hanya bahagian atas telekung sahaja yang digunakan, bahagian kain tak perlu bawa ya.
Betul tak saya pakai ni?
Jangan sampai terlondeh ya!
Simple dan kemas.
Saya dah sedia nak tunaikan haji!
Segak berihram.
Mari abah betulkan balutan ihram ni.
Alhamdulillah, kami sudah selesai tunaikan haji!
Saya kongsikan juga video Program Simulasi Haji Cilik pada tahun-tahun yang terdahulu.
Jangan lupa ya, ibubapa dan penjaga para jemaah haji cilik! Kita jumpa nanti di tapak simulasi haji cilik pada 12 Ogos 2018 (Ahad) ini!
Apa itu
potensi? Potensi adalah keupayaan manusia untuk berkembang maju. Untuk itu,
kita perlulah latih kemahiran yang ada pada diri kita. Bagi anak-anak yang
masih kecil, kemahiran yang kita perkenalkan kepada mereka seperti membaca,
mengira dan menulis perlu sentiasa dilatih agar potensi yang ada pada mereka
semakin meningkat dari masa ke semasa. Latihan bukan sahaja boleh dilakukan di
dalam kelas, malahan amat digalakkan bagi para ibu bapa sentiasa melatih
anak-anak di rumah, secara formal atau pun tidak formal.
Bagi kami
di tadika, seringkali juga kami memerhatikan dan mengenalpasti anak murid yang
berpotensi untuk kami kedepankan. Antara perkara yang kami lakukan adalah
persiapkan diri anak-anak ini dengan beberapa pertandingan yang diadakan di
tadika. Ada guru yang sedari awal lagi
sudah mengenalpasti potensi anak didik mereka.
“Cahaya ni
bagus Cikgu Ifah, ingatan kuat pada nombor dan cepat kira, kita nak latih dia
untuk Uji Minda nanti,” teringat kata-kata Cikgu Norieza berkenaan muridnya,
padahal ketika itu Cahaya masih lagi 5 tahun.
Ada juga guru
yang kenal potensi anak muridnya untuk jadi penglipur lara.
“Dia ni sekali
kita tanya, berderet dia jawab, siap buat gaya sekali. Nak cuba pujuk mak dialah
untuk masukkan dia nanti pertandingan bercerita,” pernah juga Cikgu Azlia
bercerita pada saya dahulu, terlupa pula nama anak muridnya.
Senang
cerita bila bermulanya semester baru setiap tahun, selain sibuk dengan urusan
murid-murid, mata cikgu juga ligat mencari murid yang berpotensi untuk digilap
kemahiran mereka.
Pada 21
Julai 2018 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung satu pertandingan anjuran MyBistari
Group; Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego. Pertandingan yang akan
menduga minda, kecekapan dan juga daya imaginasi anak-anak murid kami.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Beberapa minggu
sebelum pertandingan dijalankan, baik guru dan ibu bapa sibuk melatih anak-anak
yang terpilih masuk ke pertandingan. Jika untuk uji minda, guru bergilir-gilir
memberi latih tubi kepada anak-anak murid, bagi pertandingan bercerita pula,
bukan setakat guru yang berhempas pulas, ibu bapa juga turut serta berganding
bahu mempersiapkan anak untuk pertandingan ini.Hinggakan pada hari terakhir, ada bapa yang datang ke tadika selepas
sesi p&p untuk sama-sama melatih anak untuk pertandingan bercerita.
Mari kita
lihat suasana raptai dan juga hari kejadian.
En Hafidz yang dipertanggungjawabkan di bahagian PA sistem sedang sibuk membuat persiapan akhir.
Selepas solat Jumaat ibu bapa sudah mula menghantar para peserta (Raptai)
Para pembaca soalan sedang berbincang. (Raptai)
Para guru sedang menyiapkan sudut bergambar (Raptai)
En Afizi dan En Hafidz sedang memasang backdrop pertandingan sebaik sahaja raptai tamat.
Pemandangan dari tingkat dua, kelihatan masing-masing sibuk dengan tugasan yang diamanahkan.
80 peratus siap untuk hari pertandingan esok.
Alhamdulillah, siap sudah sudut bergambar.
Kami sudah sedia untuk pertandingan esok!!
Ucapan perasmian oleh En Ahamed Tamizi.
Tarian pembukaan oleh murid Tadika Ilmu Pintar Bestari.
Pusingan pertama pertandingan.
Malu-malu pula lambai pada ibu bapa.
Awak jangan salah jawab eh...
Ala.. tinggilah sikit lambai tu..
Cikgu, pandang depanlah.. kenapa tengok saya ni?
Para peserta duduk menanti giliran kategori mereka.
Apa agaknya rekabentuk yang berlegar dalam pemikiran mereka?
Ok.. dah mula nampak bentuknya.
Para peserta bercerita sudah siap untuk beraksi.
Peserta pertama bercerita, nervous tak?
Siap bawa rumah naik atas pentas.
Ganas ni, dibawa sekali naik atas pentas lima ekor buaya.
Cantik lukisan props adik ni.
Wow! Besarnya tapak kaki adik!
Saringan untuk memilih peserta ke peringkat akhir.
Para pemenang Pertandingan Uji Minda 2018.
Alhamdulillah, kami berjaya!!
Nak juga berposing.
Video persembahan.
Zapin Bunga Hutan ( Tadika Ilmu Pintar Bestari)
Tarian Siapa Dia (TPB Taman Kota Masai)
Joget Kenangan Manis (TPB Taman Scientex 1)
Video pertandingan bercerita.
Muhammad Raiyan Tsaqif Bin Mohd Riduan (TS1)
Nur Aqilah Shafiyah Binti Rohaizad (TS2)
Saffiya Binti Muhamad Saiful (TNPB)
Nurinarah Afrina Binti Mohamad Izzuanudin (TM)
Putri Airyssya Insyirah Binti Abd Rahim
Nuranis Afifah Binti Mohd Hafiz (TIB)
Nur Qamareena Amani Binti Zukhairi (TIB)
Muhammad Aisy Zahin Bin Zulshahrin (TIMB)
Ainul Mardhiah Binti Mohd Noor Azelee (TMPB)
Qisya Azalia Binti Muhammad Azam (TS2)
Aisy Nur Hadirah Rania Binti Abdul Hafiz (TS1)
Inas Nur Khayla Binti Mohd Hairi (TNPB)
Disini saya kongsikan senarai nama pemenang bagi setiap kategori:
Pertandingan Uji Minda:
Tempat pertama - Shafiq Ghazi AlFatih Bin Ahamed Tamizi (TPB Taman Mawar)
Tempat kedua - Ahmad Faheem Bin Shamsul (Tadika Inovasi Bestari)
Tempat ketiga - Muhd Harraz Rizqi Bin Marzuki (Tadika Intelek Minda Bestari)
Pertandingan Bercerita:
Tempat pertama - Putri Airyssya Insyirah Binti Abd Rahim (Tadika Ilmu Pintar Bestari)
Tempat kedua - Nurinarah Afrina Binti Mohamad Izzuanudin (TPB Taman Mawar)
Tempat ketiga - Qisya Azalia Binti Muhammad Azam (TPB Taman Scientex 2)
Pertandingan Lego:
Tempat pertama - Ainur Wardah Binti Mohd Razif ( Tadika Minda Pintar Bestari)
Tempat kedua - Aminurrafe Bin Azharul Aizam (TPB Taman Mawar)
Tempat ketiga - Dhiya Qisya Binti Zop Shukrizan (Tadika Nur Pintar Bestari)
Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang!
Tahniah juga kepada para ibu bapa dan guru yang turut sama terlibat dalam melatih dan mengasah potensi anak-anak ini. Diharapkan kehebatan anak-anak ini tidak berhenti setakat ini sahaja, marilah kita berterusan mengasah potensi dalam diri mereka.
Untuk pengetahuan ibu bapa / penjaga semester 2 ini adalah semester yang penuh dengan aktiviti anak murid. Habis sudah dengan Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego, kami di sini sedang bertungkus lumus pula untuk menyiapkan segala benda yang berkait dengan program kami yang seterusnya, Program Simulasi Haji Cilik yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.