Showing posts with label uji minda. Show all posts
Showing posts with label uji minda. Show all posts

Sunday, July 29, 2018

PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA DAN LEGO 2018


Bismillahirrahmanirrahim.



Apa itu potensi? Potensi adalah keupayaan manusia untuk berkembang maju. Untuk itu, kita perlulah latih kemahiran yang ada pada diri kita. Bagi anak-anak yang masih kecil, kemahiran yang kita perkenalkan kepada mereka seperti membaca, mengira dan menulis perlu sentiasa dilatih agar potensi yang ada pada mereka semakin meningkat dari masa ke semasa. Latihan bukan sahaja boleh dilakukan di dalam kelas, malahan amat digalakkan bagi para ibu bapa sentiasa melatih anak-anak di rumah, secara formal atau pun tidak formal.

Bagi kami di tadika, seringkali juga kami memerhatikan dan mengenalpasti anak murid yang berpotensi untuk kami kedepankan. Antara perkara yang kami lakukan adalah persiapkan diri anak-anak ini dengan beberapa pertandingan yang diadakan di tadika.  Ada guru yang sedari awal lagi sudah mengenalpasti potensi anak didik mereka.

“Cahaya ni bagus Cikgu Ifah, ingatan kuat pada nombor dan cepat kira, kita nak latih dia untuk Uji Minda nanti,” teringat kata-kata Cikgu Norieza berkenaan muridnya, padahal ketika itu Cahaya masih lagi 5 tahun.

Ada juga guru yang kenal potensi anak muridnya untuk jadi penglipur lara.

“Dia ni sekali kita tanya, berderet dia jawab, siap buat gaya sekali. Nak cuba pujuk mak dialah untuk masukkan dia nanti pertandingan bercerita,” pernah juga Cikgu Azlia bercerita pada saya dahulu, terlupa pula nama anak muridnya.

Senang cerita bila bermulanya semester baru setiap tahun, selain sibuk dengan urusan murid-murid, mata cikgu juga ligat mencari murid yang berpotensi untuk digilap kemahiran mereka.

Pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung satu pertandingan anjuran MyBistari Group; Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego. Pertandingan yang akan menduga minda, kecekapan dan juga daya imaginasi anak-anak murid kami. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Beberapa minggu sebelum pertandingan dijalankan, baik guru dan ibu bapa sibuk melatih anak-anak yang terpilih masuk ke pertandingan. Jika untuk uji minda, guru bergilir-gilir memberi latih tubi kepada anak-anak murid, bagi pertandingan bercerita pula, bukan setakat guru yang berhempas pulas, ibu bapa juga turut serta berganding bahu mempersiapkan anak untuk pertandingan ini.  Hinggakan pada hari terakhir, ada bapa yang datang ke tadika selepas sesi p&p untuk sama-sama melatih anak untuk pertandingan bercerita.

Mari kita lihat suasana raptai dan juga hari kejadian.

En Hafidz yang dipertanggungjawabkan di bahagian PA sistem sedang sibuk
membuat persiapan akhir.

Selepas solat Jumaat ibu bapa sudah mula menghantar para peserta (Raptai)

Para pembaca soalan sedang berbincang. (Raptai)
Para guru sedang menyiapkan sudut bergambar (Raptai)



En Afizi dan En Hafidz sedang memasang backdrop pertandingan sebaik sahaja raptai tamat.

Pemandangan dari tingkat dua, kelihatan masing-masing sibuk dengan tugasan
yang diamanahkan.

80 peratus siap untuk hari pertandingan esok.
Alhamdulillah, siap sudah sudut bergambar.

Kami sudah sedia untuk pertandingan esok!!

Ucapan perasmian oleh En Ahamed Tamizi.

Tarian pembukaan oleh murid Tadika Ilmu Pintar Bestari. 
Pusingan pertama pertandingan.
Malu-malu pula lambai pada ibu bapa.

Awak jangan salah jawab eh...

Ala.. tinggilah sikit lambai tu..

Cikgu, pandang depanlah.. kenapa tengok saya ni?

Para peserta duduk menanti giliran kategori mereka.

Apa agaknya rekabentuk yang berlegar dalam pemikiran mereka?

Ok.. dah mula nampak bentuknya.

Para peserta bercerita sudah siap untuk beraksi.

Peserta pertama bercerita, nervous tak?

Siap bawa rumah naik atas pentas. 
Ganas ni, dibawa sekali naik atas pentas lima ekor buaya.



Cantik lukisan props adik ni.

Wow! Besarnya tapak kaki adik!
  
Saringan untuk memilih peserta ke peringkat akhir.

Para pemenang Pertandingan Uji Minda 2018.

Alhamdulillah, kami berjaya!!

Nak juga berposing.
Video persembahan.

Zapin Bunga Hutan ( Tadika Ilmu Pintar Bestari)


Tarian Siapa Dia (TPB Taman Kota Masai)

Joget Kenangan Manis (TPB Taman Scientex 1)




Video pertandingan bercerita.

Muhammad Raiyan Tsaqif Bin Mohd Riduan (TS1)



Nur Aqilah Shafiyah Binti Rohaizad (TS2)



Saffiya Binti Muhamad Saiful (TNPB)



Nurinarah Afrina Binti Mohamad Izzuanudin (TM)



Putri Airyssya Insyirah Binti Abd Rahim



Nuranis Afifah Binti Mohd Hafiz (TIB)



Nur Qamareena Amani Binti Zukhairi (TIB)



Muhammad Aisy Zahin Bin Zulshahrin (TIMB)



Ainul Mardhiah Binti Mohd Noor Azelee (TMPB)



Qisya Azalia Binti Muhammad Azam (TS2)



Aisy Nur Hadirah Rania Binti Abdul Hafiz (TS1)



Inas Nur Khayla Binti Mohd Hairi (TNPB)

Disini saya kongsikan senarai nama pemenang bagi setiap kategori:

Pertandingan Uji Minda:
Tempat pertama - Shafiq Ghazi AlFatih Bin Ahamed Tamizi (TPB Taman Mawar)
Tempat kedua - Ahmad Faheem Bin Shamsul (Tadika Inovasi Bestari)
Tempat ketiga - Muhd Harraz Rizqi Bin Marzuki (Tadika Intelek Minda Bestari)

Pertandingan Bercerita:
Tempat pertama - Putri Airyssya Insyirah Binti Abd Rahim (Tadika Ilmu Pintar Bestari)
Tempat kedua - Nurinarah Afrina Binti Mohamad Izzuanudin (TPB Taman Mawar)
Tempat ketiga - Qisya Azalia Binti Muhammad Azam (TPB Taman Scientex 2)

Pertandingan Lego:
Tempat pertama - Ainur Wardah Binti Mohd Razif ( Tadika Minda Pintar Bestari)
Tempat kedua - Aminurrafe Bin Azharul Aizam (TPB Taman Mawar)
Tempat ketiga - Dhiya Qisya Binti Zop Shukrizan (Tadika Nur Pintar Bestari)

Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang!
Tahniah juga kepada para ibu bapa dan guru yang turut sama terlibat dalam melatih dan mengasah potensi anak-anak ini. Diharapkan kehebatan anak-anak ini tidak berhenti setakat ini sahaja, marilah kita berterusan mengasah potensi dalam diri mereka.

Untuk pengetahuan ibu bapa / penjaga semester 2 ini adalah semester yang penuh dengan aktiviti anak murid. Habis sudah dengan Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego, kami di sini sedang bertungkus lumus pula untuk menyiapkan segala benda yang berkait dengan program kami yang seterusnya, Program Simulasi Haji Cilik yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Jom sama-sama kita bersimulasi haji!!

~Cikgu Norifah~














Thursday, July 20, 2017

SESI MENGASAH BAKAT MENUJU PERTANDINGAN UJI MINDA 2017

Bismillahirrahmanirrahim.



“Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu. Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan. Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan.”

Siapa tahu itu lirik lagu apa? Tiada hadiah pun yang akan diberi sekiranya ada yang dapat jawab soalan. Sekadar hendak berkongsi sedikit bait senikata lagu yang ada kena mengena dengan program yang bakal diadakan pada hujung minggu ini, Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego 2017.

Guru Besar di setiap cawangan, apabila pihak ibu bapa menghantar semula borang penyertaan ke tadika, di dalam otak mereka sudah bermacam-macam rancangan dan pelan untuk memastikan anak-anak di bawah didikan mereka menyerlah pada hari pertandingan.

Ketika inilah dapat peluang lihat tangan dan kaki cikgu berpusing-pusing semasa menanda buku, bukan apa, sebelah tangan menanda buku, sebelah lagi cuba mencari gerak tari yang menarik untuk diajar kepada murid yang terlibat dengan persembahan. 

Tengah fikir step seterusnya ke?

Ni namanya stail terbang ke awan biru

Itu baru bab persembahan, belum lagi yang ditugaskan untuk mengajar murid yang terlibat dengan pertandingan Lego. Macam-macam binaan yang guru-guru ini hasilkan sebelum mereka putuskan yang mana akan diajar kepada anak murid. 

Apa agaknya yang nak dibina?

Ok, dah mula ada bentuk tu
Bagi yang bercerita pula, ketika inilah bermacam mimik muka dan suara yang kedengaran dari mereka.
Jom bercerita!
Beginilah kehidupan cikgu tadika, walaupun ‘title’nya cikgu, tetapi dalam membentuk anak-anak ini menghadapi pertandingan, setiap satu dari kami juga bertukar menjadi penari, arkitek dan pelakon teater.

Tekun mendengar contoh soalan yang dibaca

Rasanya saya tahu jawapannya!!

Giliran saya pula cuba jawab!!

Alhamdulillah, latihan dalam jangka masa yang agak suntuk ini, hasilnya semakin kelihatan, para peserta sudah mula faham dengan format contoh soalan yang diberikan kepada mereka semasa sesi latihan Uji Minda. Cikgu-cikgu juga sudah boleh tersenyum lega bila tarian sudah nampak rentaknya, binaan peserta ada rupa bentuk yang ditugaskan dan juga cerita yang disampaikan peserta bukan lagi seperti membaca teks di dalam buku. 

Sebelum itu, sementara menanti tibanya hari pertandingan apa kata kita semak semula posting tahun yang lepas.


Di sini saya kongsikan video pertandingan bercerita tahun lepas. Atau boleh juga ke youtube utk melihat video-video bercerita yang lain. Serta video-video aktiviti MyBistari yang tidak putus-putus. Dengan ingatan kasih sayang, jangan lupa LIKE ☺☺☺☺








Persiapan semua sudah sampai ke peringkat akhir. Siapa agaknya yang bakal menjadi juara tahun ini ya? Jika tahun lepas Muhammad Faris Zuhry dari Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2 yang menjadi juara bagi Uji Minda, kita tunggu pula tahun ini, adakah cawangan yang sama dapat mengekalkan kejuaraan ataupun akan menjadi milik cawangan yang lain pula. 

Jom sama-sama kita tunggu dan lihat.

~Cikgu Norifah~