Sunday, August 7, 2016

JOM BUAT SANDWICH TELUR!


Jemput makan ayah ibu, jemput makan cikgu, jemput makan kawan-kawan !!
Bismillahirrahmanirrahim.

Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Tiada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh.  Ibu bapa dan penjaga perlu tahu dan mempelbagaikan lauk pauk yang disediakan dalam diet anak-anak ini.

Oleh sebab itu, kami tidak menggalakkan pemberian makanan ringan atau jajan kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi ‘goodies’ yang sering diberi oleh ibu bapa ketika sambutan hari lahir di tadika. Jika anak-anak sudah terbiasa dengan makanan yang sebegitu, sila kurangkan pemakanannya.

Kami di tadika juga beusaha untuk mendidik anak-anak ini supaya lebih peka kepada pemakanan yang sihat. Topik di dalam subjek-subjek yang mereka pelajari juga menekankan perkara ini. Contohnya seperti aktiviti membuat salad buah dan sandwich telur. Murid- murid bukan sahaja diterangkan berkenaan khasiat dan zat bahan-bahan yang digunakan, mereka juga berpeluang membuat sendiri hidangan tersebut.


Minggu lepas, murid-murid ini berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menghasilkan sandwich telur bersama-sama dengan guru masing-masing. Jom kita jengah aktiviti ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sandwich telur (TS2)

Pecahkan telurnya perlahan-lahan supaya tak terlompat keluar nanti (TS2)

Murid menanti giiliran dipanggil cikgu untuk buat sendiri sandwich telur (TS2)

Teruja menanti proses pembuatan sandwich telur (TM)

Tadaaaaaaaaaaaaa!! Telur yang telah siap dihancurkan! (TM)

Bismillah.. kami makan dulu ye!! (TNPB)

Nak rasa tak? (TNPB)

Hmmm.. sedapnya.. (TM)
Seronokkan? Tak sabar rasanya menanti aktiviti yang seterusnya.  Apa menu yang bakal dihasilkan oleh anak-anak ini.

Oppss.. jangan lupa ya, ibu ayah..minggu ini minggu lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Hari ini dimulakan dahulu dengan Tadika Nur Pintar Bestari (sesi pagi sahaja). Nanti akan saya muat naik keseronokkan mereka di sana ye!

~Cikgu Norifah~


Thursday, August 4, 2016

SIMULASI HAJI CILIK 2015 ~ TINGGAL KENANGAN


Assalamualaikum

QS. Ali Imran [3]; ayat 97 : 
"Mengerjakan haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah."

QS. Al-Hajj [22]; ayat 27-28 :
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,"

Begitulah ayat-ayat Al_quran berkenaan kewajipan menunaikan fardu haji. Dan hari ini bermulalah penerbangan haji yang pertama bagi tahun 2016. Tahniah kepada ibubapa yang dijemput Allah menunaikan haji tahun ini dan semoga mereka dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. Aameen. 

Dan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai ibadah haji ini, maka tahun lepas (2015), julung-julung kalinya MyBistari Group berkolabirasi dengan Persatuan Tadika Johor dan Persatuan Tadika Islam Malaysia menyertai SIMULASI HAJI CILIK. 

Alhamdulillah, tahun lepas kami mendapat seramai 46 orang penyertaan dari semua tadika MyBistari. Simulasi yang dijalankan di Majid Kota Iskandar Nusajaya ini diiringi oleh 6 orang guru pengiring disamping saya dan Cikgu Tamizi dan turut menjadi keterujaan kepada semua pihak terutamanya anak-anak. 

Sebelum simulasi yang sebenarnya, kami telah membuat latihan seminggu sebelumnya di Taman Mawar. 

Bertalbiah ke tempat wukuf

Mencari batu untuk melomtar
Melontar
Replika kaabah
Bertawaf
Dan diikuti dengan saie serta tahallul sehingga selesai. 

Hari yang ditunggu telah tiba. Semuanya bersemangat untuk merasai pengalaman baru. Dari rumah lagi telah bersedia memakai kain ihram untuk lelaki dan bertelekung untuk perempuan.





Adik kakak memberi semangat
Kenangan haji bersama datuk dan nenek
Dibantu cara-cara yang betul untuk pemakaian ihram. Dibimbangi terlondeh pulak kain ihram tu. 
Ustaz Al Hafidz membaca doa sebelum keberangkatan
Berhati-hati menaiki bas ke lokasi simulasi



Kegembiraan diwajah sepanjang perjalanan




Dahpun sampai di Masjid Kota Iskandar Nusajaya. alhamdulillah, perjalanan lancar.




Menunggu giliran untuk mengerjakan haji

Dibantu oleh mutawif yang terdiri dari pelajar-pelajar Marsah Johor Bahru

Batu untuk melontar
Melontar jamrah
Saie 

Bertahallul



Alhamdulillah, kami telah menjadi haji dan hajah cilik

Pada masa yang sama, saya dan Cikgu Tamizi menghadiri perasmian dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar.



Usai sahaja mengerjakan semua rukun-rukun haji, hujan rahmat turun dengan lebatnya, jadi aktiviti membeli belah ditiadakan.




Waktu untuk pulang telah sampai



Hajah-hajah kepenatan

Begitu juga dengan haji-haji
Sepanjang perjalanan hingga ke Taman Mawar, hujan masih berterusan


Kami seronok !!

Terimakasih ibu ayah kerana setia menunggu haji dan hajah cilik ini

Tergambar kegembiraan bila anak-anak telah selamat sampai
Alhamdulillah, simulasi haji cilik mendapat liputan akhbar.


Dan terimakasih juga kepada semua ibubapa yang telah menyumbang makanan dan tenaga pada hari tersebut. Hanya Allah yang dapat membalasnya. 

Begitulah kenangan Simulasi Haji Cilik 2015. 

Coming soon....

Simulasi Haji Cilik 2016 akan dibuat pada 31 Ogos 2016. Dan buat masa sekarang, saya telah menerima hampir 100 penyertaan dari semua tadika MyBistari Group. Kalau ada yang hendak menyertai lagi, diharap dapat menghubungi Gurubesar tadika masing-masing dengan kadar segera.