Wednesday, April 8, 2015

GIGI KAMI CANTIK

12 MAC 2015

Hari terakhir persekolahan sebelum cuti semester 1, anak-anak di Tadika Nur Pintar Bestari Taman Rinting menjalani pemeriksaan gigi oleh misi-misi pergigian kerajaan. Jom kita lihat aksi-aksi mereka ini...

Misi memberikan penerangan tentang penjagaan gigi yang betul

Walaupun tekun mendengar tapi ada juga yang kecut perut tu...

Besarnya gigi...



ok...sekarang misi akan periksa gigi sorang demi sorang
Inilah borang merah yang telah diisi oleh ibubapa masing-masing


Nganga besar-besar mulut tu ...





Namun ada juga yang nangis....
 Yess!! GIGI KAMI CANTIK...

Sebagai habuan...mereka dapat chop gigi







TERIMA KASIH MISI GIGI..


Saturday, January 17, 2015

JOM BELAJAR MEMBACA DAN MENGIRA

Assalamualaikum wrb.wbt...

Alhamdulillah, pagi ini berlangsung program bersama ibubapa untuk pengenalan kaedah Bacalah Anakku. Seramai 94 orang yang terdiri dari ibubapa dari 9 cawangan yang hadir. Sambutan yang memberangsangkan.


Sesi pagi dimulakan oleh Cikgu Tamizi dengan perkongsian "Bagaimana Membentuk Anak Cemerlang" ~ santapan minda di awal pagi. Kemudian diikuti dengan pengenalan kepada kaedah Bacalah Anakku secara menyeluruh.  
Selepas rehat kaedah secara mendetail penggunaan dan kaedah Bacalah Anakku telah diterangkan oleh Cikgu Suhaila. 





Seems that parents enjoyed the programme. alhamdulillah...




Syabas juga kepada bapa-bapa yang memberikan komitmen untuk hadir dan nampaknya bersemangat untuk mengaplikasikan kaedah yang betul kepada anak masing-masing bila balik nanti.



Sebelum bersurai, ibubapa gunakan masa sebelum balik untuk berinteraksi dengan para guru disamping menanyakan perkembangan anak-anak. 





Terima kasih daun keladi, jangan serik datang lagi
Usai program jam 12,30, ibubapa pulang tetapi kami masih ada program yang perlu diselenggarakan petang nanti.
                     BERSAMBUNG.....take 5....





2.15 petang kami memulakan sesi kedua.


Cikgu Tamizi berkongsi pengalaman pembabitan diri dalam pengajaran sempoa

Langkah demi langkah diajarkan kepada semua ibubapa yang hadir



Masing-masing khusyuk mendengar penerangan sebelum LDK

 Practice make perfect !!






Bestnya bila pasangan suami isteri turut datang bersama belajar. Kat rumah nanti bolehlah buat pertandingan 3 penjuru. Anak vs ayah vs ibu..




Bagi yang kidal, sedikit kekok tetapi itu bukan penghalang kepada pembelajaran sempoa malah merupakan satu keistimewaan. Apa taknya, satu tangan mengira, satu tangan menulis. Lagi cepat satu -satu latihan dapat disiapkan.


Yang lebih mencabar bila disuruh untuk mengira secara mental...bukannya mencongak!!


Mission accomplished. Alhamdulillah