Wednesday, May 25, 2011

NAK PERGI LAGI!!!

Episod terakhir di Kidzania Jakarta.
Ya, 5 jam di Kidzania tidak mencukupi untuk merasai ke semua pekerjaan untuk mendapatkan pengalaman di sana. Inilah antara tempat-tempat yang tak sempat 3 beradik ini nak masuk.

Menjadi pengacara televisyen di depan kamera @ membuat kerja-kerja penerbitan rancangan

Menjadi jururawat bagi merawat bayi dan diajar tugas-tugas penjagaan bayi.

Atau mungkin juga sebagai doktor gigi.

Banyaknya gigi yang rongak!

Mungkin juga sebagai pegawai penyiasat untuk menyelesaikan berbagai kes jenayah

Time's up. Tak sempat nak masuk dan jadi doktor. Lihat dari luar ajelah!

Tak sempat nak belajar buat kuih dan biskut di Bogasari
Jadi cashier di supermarket juga menyeronokkan

Sebagai pam attendant di stesen minyak
Antara cenderahati yang boleh dibeli di Kidzania
Tak puas berada di sini, mereka dah menempah untuk ke Kidzania Malaysia yang sekarang ini masih dalam pembikinan. Tak tahu bila pembukaannya.
Anyway, they have fund during the short holiday. tapi jangan lupa!! Masa dah tiba balik Malaysia.

Tunggu waktu berlepas. Bye, bye Kak Nini
Spaghetti inflight

Kesian, kena siapkan homework dalam flight!!. Bagus, manfaatkan masa sebab esok dah sekolah.

Monday, May 23, 2011

MUMTAZ FI LUGHATUL ARABIYYAH

Di Tadika Inovasi Bestari, subjek Bahasa Arab telah diajar kepada semua murid K1 dan K2. Alhamdulillah, anak-anak ini boleh mencerap pembelajaran Bahasa Arab dengan baik. Inilah buktinya

Soalan Bahasa Arab K1

Meskipun hanya 5 bulan belajar Bahasa Arab

MUMTAZ! Anak sapelah ni!!!

Soalan Bahasa Arab K2

Salah satu contoh soalan
Kertas yang lain-lain tu boleh dilihat oleh ibubapa sewaktu HARI TERBUKA pada 2 dan 3 Jun nanti. Diharap sabar menunggu.

Sunday, May 22, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Ramai yang menanya. Bila dapat tahu keputusan peperiksaan? Tak ada pun dalam website.
Memang belum ada lagi. Seperti yang dimaklumkan dalam surat makluman, keputusan peperiksaan hanya boleh dilihat di website pada hari Khamis 26 Mei. Pihak kami masih lagi dalam proses untuk menyiapkan kerja-kerja belakang tabir. Insyaallah, akan dapat disiapkan sebelum tarikh tersebut.
Saya nak berkongsi cerita sewaktu minggu peperiksaan lepas. Hari terakhir peperiksaan iaitu subjek sempoa dan saya sempat ke Taman Scientex 1 melihat anak-anak kelas 6 Bistari membuat pengiraan. 

Penuh confident!

Kacang aje kira!

Pastikan tiada careless mistake

Sempat juga saya menyemak kertas-kertas peperiksaan yang telah ditanda oleh cikgu-cikgu.
Englisk K1
Math K1

Keliru ejaan dalam BM dan English (English 6 normal)


SESI PENERANGAN KELAS BISTARI

22 MEI 2011

Alhamdulillah, dari jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari  tadi di TS Hotel taman scientex, telah berlangsung Sesi penerangan Kelas Bistari dan Sesi Penerangan Sempoa yang dihadiri oleh 83 orang ibubapa dari cawangan Taman Mawar (1 & 2), Taman Kota Masai (1 & 2) serta Taman Scientex 1. Dalam program ini, ibubapa dibantu oleh 14 orang guru TPB bagi memastikan P & P sempoa berjalan dengan lancar. 

Sebahagian daripada ibu-ibu yang hadir

Kaum bapa juga tidak kalah dalam memberikan komitmen untuk program ini. Syabas untuk mereka! 
Mula-mula ibubapa diberikan penerangan tentang kelas bistari, tujuan kelas bistari diadakan, kriteria pemilihan murid untuk ke kelas bistari, kelebihan kelas bistari dan persepsi salah ibubapa tentang kelas bistari. Selepas rehat dan kudapan, sesi penerangan sempoa pula mengambil tempat.

Cikgu Tamizi menerangkan cara-cara menggunakan sempoa langkah demi langkah
Sungguh khusyuk mereka belajar

Sekejap aje dah expert mengira menggunakan sempoa. YES!

Guru-guru turut membantu memahamkan ibubapa
Mental calculation juga turut diajar. 5, 4, -2, -1, -5, 8, -6.  Jawapan?

Apa sudah jadi dengan mereka ini?

Tepu! Penat fizikal dan mental
Kami mengharapkan pertemuan yang singkat ini akan dapat memberikan pendedahan yang sebaiknya kepada semua ibubapa yang hadir. Insyaallah, kalau anak dapat buat, ibubapa lagi dapat buat. Masukkan cas-cas positif dalam minda agar kita menjadi orang yang luarbiasa!

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Pagi-pagi lagi dah masuk SMS, ucapan hari guru. Antaranya:
"Jadilah seorang guru, yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru...SELAMAT HARI GURU 2011, Salam rindu untukmu...Ina (Ana Ajwad)
SELAMAT HARI GURU, didoakan sihat, ceria selalu, ilmu yang dicurahkan dengan ikhlas pasti barakah, guru yang ikhlas mencurahkan ilmu dan bimbingan yang betul pasti melekat dihari pelajarnya, insyaallah. Terima kasih cikgu / ustazah...Pn. Zila (Mawar 10)
Banyak dapat bunga?=> Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Dapat pen? => Tanda guru bijak melakar kata.
Dapat pemadam? => Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.
Dapat mesej? => Tanda cikgu sentiasa di ingatan.
Dapat coklat? => Tanda guru suka didampingi.
Dapat cemuhan? => Tanda guru insan yang sabar dan akan sentiasa dirahmati.
SELAMAT HARI GURU...Zaharah (Pontian)
Serta banyak lagi mesej yang masuk ke dalam website tadika.

SELAMAT HARI GURU kepada para pendidik. Sesungguhnya guru yang terbaik adalah IBUBAPA sendiri.

Thursday, May 12, 2011

NOW EVERYONE CAN FLY

Lokasi terakhir sebelum menamatkan pengembaraan di Kidzania. Mungkin dah biasa dengar slogan, Now Everyone Can Fly!

Cita-cita menjadi pilot tercapai di sini.




Flight simulator digunakan untuk menerbangkan pesawat AirAsia

Wednesday, May 11, 2011

RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBAAA...

Cita-cita nak jadi apa? Ahli bomba?

Pakaian bomba perlu dipakai terlebih dahulu.

Langkah-langkah mencegah kebakaran dan cara-cara menggunakan alat pemadam api juga diajar 

Api marak membakar bangunan hotel di Kidzania

Awas kamu, api tak padam-padam tu!


Misi menyelamat telah selesai!

Yosh! We done it

TAK BOLEH TAHAN...

Yummy, yummy, yummy. Tak boleh tahan. Jilat sikit.
Beginilah gelagat Caca bila berkesempatan belajar membuat wafer Tango di Kidzania.



Diajar cara-cara mengadun bahan-bahan untuk membuat wafer

Kepingan wafer dilapiskan dengan coklat keping demi keping


Wafer tango buatan sendiri dah siappun!

1,2,3 TESTING

Masih lagi di Kidzania. 
Nana dan Caca masuk ke bilik penyuntingan suara untuk kerja alihsuara siri-siri kartun dan suara perlu disesuaikan dengan karakter kartun yang dipilih. Alih bahasa pula dalam bahasa Indonesia. Kok Nana dan Caca sudah bisa ngomong Bahasa Indonesia? 
Seronok, kata mereka. Kalau nak bawa balik CD yang telah disunting sebagai kenangan boleh juga tapi kena bayar. Ribu-ribuan rupiah!