“Siapa PM
Malaysia?” soal seorang daripada tiga murid yang duduk di ruang menunggu
tadika.
Saya yang
turut berada di situ, sedang mengemas kelengkapan fotografi memasang telinga
sahaja, tidak mahu mengganggu perbualan mereka.
“Yang pm,
pm tepi tu ya? Orang jual coklatlah kan, kat Facebook?” salah seorang dari mereka menyoal
semula.
“Bukanlah,
semalam kan cikgu ada tanya siapa PM.. PM tu Perdana Menteri.”
Kali ini
saya ikut ketawa apabila mereka bertiga gelak.
Pada
mulanya apabila melihat mereka bertiga masuk ke ruangan menunggu, terkejut juga
kerana murid yang ketinggalan untuk bergambar kerana kurang sihat pada minggu
yang terdahulu sudah saya selesaikan. Rupanya mereka adalah wakil-wakil tadika
mereka untuk Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego 2019 yang bakal
diadakan pada 27hb Julai, Sabtu nanti.
Alhamdulillah,
hampir setiap tadika yang saya singgah sibuk dengan latihan pertandingan ini. Bagi
pertandingan uji minda, murid yang terlibat adalah murid-murid 6 tahun dan 6
bistari. Mereka akan diuji tahap pemahaman mereka dalam subjek-subjek yang
telah mereka pelajari di tadika dan juga pengetahuan am mereka. Jadi bagi
murid-murid yang terpilih ini, diharap pihak ibubapa / penjaga tidak terkejut
jika tiba-tiba anak di rumah bertanyakan berkenaan sungai yang terpanjang di
Malaysia ataupun diminta ajar mengeja perkataan-perkataan yang panjang. Itu
adalah sebahagian dari latihan yang diberi kepada murid untuk mempersiapkan
diri mereka dengan pertandingan ini.
Cikgu ulang semula soalan ni, dengar betul-betul, ya. (TIMB)
Tunggu, cikgu nak cari soalan yang susah sikit. (TIMB)
2 + 2 + 5 x 0 , siapa tahu jawapannya? (TIPB)
Ok semua, dengar sini. Cikgu nak mula baca soalan (TKM)
Eh, alamak, maaf, cikgu salah ambil set soalan, tunggu cikgu tukar kertas. (TKM)
Cikgu, saya tahu, saya tahu!! (TM)
Sedia jari semua, kira apa yang cikgu nak sebut ni. (TMPB)
Boleh tolong ulang semula cikgu perkataan tadi? (TMPB)
Dengar sini, kalau awak semua jadi juara kumpulan, cikgu belanja sundae McD tiga hari berturut-turut. (TNPB)
Cepatlah cikgu soal kami, tak sabar ni. (TS1)
K.U.A.N.T.I.T.I .. betul tak saya eja cikgu? (TS2)
Untuk
anak-anak murid 5 tahun pula, ada 2 aktiviti yang dikhususkan untuk mereka yang
terlibat, pertandingan lego dan juga persembahan selingan. Sama juga dengan murid-murid
6 tahun, mereka akan dilatih di tadika. Namun begitu, bagi pertandingan lego,
dialu-alukan jika pihak ibubapa / penjaga turut serta dalam melatih anak-anak
di rumah.
Eh, mana lagi satu yang warna merah ni? (TIB)
Cuba teka saya nak buat apa ni? (TIMB)
Kita tengok siapa siap dulu. (TIPB)
Kita tolong cikgu simpan lego ni ya. (TIPB)
Ni saya buat tapaknya dulu. (TKM)
Khusyuk dalam mencipta imaginasinya. (TKM)
Yang ini pasang kat sini.. (TM)
Alamak, cikgu rakam ke? Saya segan..(TM)
Mula-mula kita rapatkan yang dua ni dulu. (TMPB)
Kacang goreng aje ni. (TNPB)
Jangan ikut bentuk kita ok.. (TS1)
Kena tekan kuat-kuat, kalau tak nanti boleh patah ni. (TS2)
Yang lain belum ada, kita berlatih menari sendiri dululah.. (TM)
Lepas berlatih menari, kita ukur badan untuk tempah baju tarian pula. (TMPB)
Tepuk kuat sikit tangannya tu. (TNPB)
Tangan kena bengkokkan sikit macam ni lah.. (TS2)
Satu-satunya
pertandingan yang terbuka bagi kedua-dua tahap, K1 dan K2 adalah pertandingan
bercerita. Diantara semua bahagian pertandingan yang ada, bagi kami
pertandingan berceritalah yang paling mencabar. Para peserta bukan sahaja perlu
mengatasi rasa malu untuk beraksi di pentas, malah usaha dalam menyiapkan
props, sound effect dan kostum juga perlu diambil kira. Kami betul-betul ‘tabik’
pada murid yang menyertai pertandingan bercerita ini.
Ok, saya dan ready nak bercerita. (TIB)
Semangatnya dia bercerita. (TIMB)
Rasanya ini gaya jadi burung atau sedang lompat? (TIPB)
Jom semua!! Cikgu tahan motor aiskrim kat luar tu! (TMPB)
Apa agaknya tajuk cerita adik ni? (TNPB)
AaaaaAAAAaaaaa.. test suara.. (TS1)
Awak hafal dulu perenggan yang ni, cikgu nak check kerja cikgu kejap. (TS2)
Di sini kami kongsikan cerita berkenaan pertandingan uji minda dari tahun-tahun yang terdahulu.
Kami juga kongsikan video pertandingan tahun sebelumnya.
Insyaallah minggu hadapan akan kami kongsikan video-video pertandingan bercerita dan persembahan dari tahun yang sudah. Minggu
hadapan adalah minggu terakhir mereka berlatih untuk setiap bahagian
pertandingan. Semoga dipermudahkan urusan mereka semua yang sedang sibuk
berlatih. Kita jumpa nanti ya di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada
Sabtu, 27hb Julai 2019!