Bismillahirrahmanirrahim.
Permulaan
semester 2 yang agak sibuk bagi kami. Aktiviti yang tersedia menanti
murid-murid dan para guru tak putus-putus.
Baru sahaja naik cuti berhari raya dan juga sambutan hari raya,
murid-murid kembali sibuk dengan aktiviti renang di tadika masing-masing,
aktiviti yang sememangnya dinanti-nantikan mereka. Dalam masa yang sama, sesi
fotografi juga diadakan mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak
pengurusan.
Memandangkan
sesi fotografi untuk semester 2 ini akan mengambil masa yang agak panjang
berbanding dengan semester 1, kerana murid-murid 6 tahun akan dipakaikan dengan
jubah dan topi graduasi, kami peruntukkan sehari satu cawangan. Minggu yang pertama
adalah giliran TPB Taman Kota Masai, Tadika Nur Pintar Bestari, Tadika Inovasi
Bestari, dan TPB Taman Mawar.
“Cikgu,
lepas ni kita orang pula ya yang pakai baju biru besar tu?” soal seorang murid di TPB Kota Masai
apabila melihat abang-abang dan kakak-kakak 6 tahun mereka beratur untuk
dipakaikan jubah.
 |
Bila disuruh berposing semasa tunggu cikgu siapkan murid yang lain. (TKM) |
 |
Bermacam ragam di dalam satu gambar. (TKM) |
 |
Tegakkan badan, jangan takut, cikgu nak ambil gambar aje.. (TKM) |
 |
Cikgu sikat rambut awak kejap, kasi lebih handsome. (TKM) |
 |
Adui.. mana yang lain ni.. dah lapan belas jam tunggu ni.. (TNPB) |
 |
Segaknya mereka.. (TNPB) |
 |
Ok.. ready senyum semua.. (TNPB) |
 |
Sedia semua, sedia.. pandang depan dan senyum.. (TNPB) |
“Tahun
depan, Insyaallah nanti turn awak pula ya,” jawab saya ketika membetulkan tali
leher di uniformnya.
“Ala..”
jawabnya pendek.
Memang kelakar
melihatkan gelagat anak-anak murid apabila dipakaikan jubah tersebut, hilang
sedikit rasa penat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ini.
“Awak
tengok ni.. macam hantu cina..!!” murid di TPB Taman Mawar pula yang bergurau
dengan rakannya apabila siap dipakaikan jubah dan topi graduasi, melakonkan
aksi melompat-lompat dengan tangan tegak ke hadapan, sayangnya tak sempat kami
rakam kerana guru-guru dan saya sedang sibuk menyiapkan murid-murid yang lain.
Tak kurang
juga yang kelihatan cemas dan gementar untuk bergambar. Lebih-lebih lagi bila
diminta untuk senyum, kawan-kawan sekelas yang sedang menanti giliran sempat
menyakat dan turut tersenyum-senyum melihat aksi di hadapan kamera.
“Haa..
senyum macam tu yang cikgu nak, kan cikgu?” terkejut saya apabila ada suara
yang memberi komen. Rupanya mereka yang sedang beratur di tepi saya turut
melihat di skrin kamera. Bermacam lagi ragam dan perbualan mereka yang mencuit
hati.
 |
Reben cantik ni hadap ke kamera.. (TIB) |
 |
Mari sini cikgu pakaikan topi. (TIB) |
 |
Kenapa senget anak tudung ni? (TIB) |
 |
Haaaaa.. kan dah cantik! (TIB) |
 |
Bila cikgu sebut "tiga.." sempat lagi dia buat peace. (TIB) |
 |
Alamak awak.. cikgu dah nak snap gambar ni. (TM) |
 |
Maaf ya, cikgu kena tekan sikit bahagian ni, topi agak ketat. (TM) |
 |
Saya muat ke tak ni ya? Dah lah saya paling comel.. (TM) |
 |
Bila cikgu pun nak sekali bergambar. (TM) |
 |
Rapatkan ke dada.. jangan takut-takut dengan skroll ni. (TM) |
 |
Rasa macam saya nak grad dari universiti ah cikgu. (TM) |
Minggu ini
kami sambung semula aktiviti sesi fotografi ini di cawangan TPB Taman Scientex 1, TPB Taman Scientex 2, Tadika Intelek Minda Bestari, Tadika Minda Pintar Bestari dan Tadika Ilmu Pintar Bestari setelah seminggu bercuti akibat pencemaran udara / kimia. Diharap anak-anak murid kami sihat dan dapat hadir untuk sesi fotografi. Jom bergambar!!
~Cikgu Norifah~
ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^
Casinos Near Casinos and Resorts in Biloxi, MS - Mapyro
ReplyDeleteFind Casinos Near Casinos and Resorts in Biloxi, 강릉 출장샵 MS, 바카라 필승법 United States - 인천광역 출장샵 Find Casinos 진주 출장샵 Near You in 2021 and Search Casinos 용인 출장안마 Near You in 2021 and Near Me.