Bismillahirrahmanirrahim.
 |
Murid-murid TMPB seronok dapat cenderahati dari Kodomo Lion. |
"Auuuummmmm!!"
Masa untuk
riang ria bersama Kodomo Lion muncul kembali!! Inilah antara aktiviti yang
dinanti-nantikan oleh para murid dan guru setiap tahun. Pihak Kodomo Lion akan
datang ke tadika kami untuk membuat road tour, bercerita dan juga mengagihkan
cenderahati kepada anak-anak murid.
Untuk
minggu pertama bulan April ini, lawatan dimulakan dahulu di tadika-tadika kami
di sekitar Taman Scientex dan juga Taman Rinting. Ingin saya nyatakan di sini,
jadual lawatan dari pihak Kodomo Lion disediakan oleh mereka, jadi ada juga
tadika yang tak dapat mereka kunjungi kerana kuota murid tidak mencapai syarat
yang ditetapkan (Tadika Intelek Minda Bestari) dan ada juga tadika yang mereka
tidak dapat hadir untuk kedua-dua sesi kerana jadual mereka yang padat.
Walaupun akan ada murid yang tidak dapat turut serta merasai kemeriahan
kunjungan dari pihak Kodomo Lion, mereka tetap akan dapat cenderahati. Diharap
ini dapat mengubat kesedihan mereka.
Road tour
ini bermula pada 1 April 2019, dan tadika yang mereka kunjungi dimulakan dengan
TPB Taman Scientex 2. Alhamdulillah, murid-murid memberikan maklum balas yang
positif sepanjang mereka berada disana. Kemudian mereka ke TPB Taman Scientex 1.
 |
Contoh makanan yang baik dan tak baik untuk dimakan. (TS2) |
 |
Ish.. saya terpaksa melutut ni, tak nampak. (TS2) |
 |
Yeay!! Saya dapat hadiah sebab dapat jawab soalan! (TS2) |
 |
Terbaiklah aktiviti hari ini!! (TS2) |
 |
Cepat ah cik beri soalan kat kami. (TS2) |
 |
Tepuk tangan dulu sebelum cerita bermula. (TS2) |
 |
Jom kira berapa kali kena gosok gigi dalam sehari. (TS2) |
 |
Tengah buat apa tu Cikgu Siti? |
 |
Ok, jom ikut cara akak pegang berus gigi! (TS2) |
 |
Eh.. fokusnya awak tengok depan.. (TS2) |
 |
Hati-hati bila gosok bahagian dalam mulut. (TS2) |
 |
Cara betul pegang berus gigi, buat tanda 'good' . (TS1) |
 |
Mesti cerita menarik ni, semua khusyuk menonton. (TS1) |
 |
Cikgu-cikgu pun teruja ikut cara pegang berus gigi. (TS1) |
 |
Watak dalam cerita kali ini adalah Amir dan Mira. (TS1) |
 |
Eh, alamak, ada yang perasan cikgu ambil gambar ya? (TS1) |
Keesokkan
harinya, 2 April 2019, lawatan Kodomo Lion diteruskan ke Tadika Minda Pintar
Bestari dan Tadika Nur Pintar Bestari. Aktiviti bercerita dengan watak yang
dibawa oleh staf Kodomo Lion sangat menarik perhatian anak-anak murid dan juga
para guru. Kali ini watak Amir dan Mira yang diperkenalkan oleh mereka.
 |
Ok, soalan pertama.. dengar baik-baik ya.. (TMPB) |
 |
Alhamdulillah, kami semua dapat jawab soalan yang diberi. (TMPB) |
 |
Siapa nak cuba jawab soalan, sila angkat tangan! (TMPB) |
 |
Best lah dengar cerita ni! (TMPB) |
Seperti biasa, selepas sesi bercerita, akan ada sesi soal jawab bersama murid-murid. Bagi murid yang dapat jawab soalan yang diberi, akan dapat hadiah dari pihak Kodomo Lion. Kembang kuncup murid-murid yang dapat menjawab soalan.
 |
Bagus semua dengar arahan yang diberi. (TNPB) |
 |
Apa yang Amir nak makan tu? (TNPB) |
 |
Penuh bersemangat bercerita. (TNPB) |
 |
Perisa ubat gigi yang ada. (TNPB) |
 |
Keju ni elok atau tak untuk dimakan? (TNPB) |
 |
Semua memberi tumpuan sepenuhnya. (TNPB) |
 |
Cenderahati dari pihak Kodomo Lion untuk anak-anak murid. |
Minggu ini
tiada road tour Kodomo Lion. Ianya akan bersambung pada minggu hadapan, iaitu
ke Tadika Inovasi Bestari dan TPB Taman Mawar pada 15 April 2019 dan pada 16
April 2019 mereka akan ke TPB Taman Kota Masai dan Tadika Ilmu Pintar Bestari.
Sama-sama kita nanti kehadiran mereka ya!!
~Cikgu Norifah~
ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^