Bismillahirrahmannirahim.
Alhamdulillah 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Segala macam aktiviti tadika telahpun kami dan anak-anak murid lalui. Terasa cepat pula masa berlalu. Kami guru-guru di tadika menghitung hari untuk melepaskan murid-murid K2 ke alam persekolahan yang baru. Sedih dan berat rasanya. Dua tahun bersama mereka, bermacam-macam rasa, pelbagai kerenah yang kami lalui bersama. Terima kasih ya ibu dan ayah, kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak anda. Terima kasih juga kerana memberi ruang dua tahun mereka bersama kami, setiap satu dari mereka ini memberi kenangan dan impak yang berbeza pada setiap guru yang ada mengajar mereka.
Minggu lepas baru sahaja kami melalui hari terbuka di setiap tadika kami. Walaupun hari terbuka kami adakan pada hari Khamis, Alhamdulillah sambutan dari pihak ibu bapa amat menggalakkan. Sokongan yang diberi oleh pihak ibu bapa amat kami hargai. Terima kasih kerana sudi datang untuk berbincang mengenai prestasi anak didik kami. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan sekiranya ada kesilapan dan kekurangan dalam menyampaikan ilmu kepada anak tuan dan puan. Sesungguhnya tak pernah puas luangkan masa dengan mereka di tadika.
Antara cikgu yang paling teruja dengan hari terbuka ini adalah Guru Besar Tadika Nur Pintar Bestari, Puan Noorhasiah. Mana tidaknya, dia adalah antara guru lama yang masih lagi berkhidmat dengan kami di Mybistari Group. Bila dah namanya guru lama, bermakna pengalaman mengajar adik beradik yang bergenerasi juga ada. Seronoknya hari terbuka bukan setakat berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa yang baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika ini, tetapi juga peluang untuk berjumpa dengan bekas murid yang pernah kami ajar di tadika, kalau tidak pun bila ibu bapa bercerita berkenaan dengan prestasi mereka di sekolah rendah dan menengah. Itulah yang dirasai oleh Puan Noorhasiah. Terbayang keceriaan di wajahnya apabila bercerita dengan saya pertemuannya dengan anak-anak muridnya yang lama. Anak-anak murid yang kami sama-sama didik ketika di Taman Scientex 1 dahulu. Cemburu juga apabila dia menghantar gambarnya bersama-sama dengan bekas anak didik kami itu. Bagi kami cikgu-cikgu tadika, salah satu topik yang sering memberi semangat kepada kami dalam mendidik anak-anak kecil ini adalah bercerita berkenaan dengan bekas anak murid kami. Tak kiralah pencapaiannya di sekolah rendah dan menengah bagus atau tidak, tetapi apabila bekas anak-anak murid tegur dan masih ingat pada kami, itu sudah cukup menggembirakan hati.
Satu perasaan yang sukar kami gambarkan apabila di hari terbuka, kami hulurkan fail peribadi dan gambar murid K2 ke tangan ibu atau bapa bermakna waktu yang diperuntukkan untuk kami bersama mereka semakin suntuk. Akankah mereka ingat kepada kami seperti bekas anak murid yang lain? Bagaimana nanti prestasi mereka di sekolah rendah? Kawan-kawan yang macam mana nanti akan mereka dampingi? Mahu tak mahu peringkat ini akan kami sentiasa lalui saban tahun. Semoga anak-anak didikan Mybistari Group menjadi insan yang hebat dan cemerlang, dunia dan akhirat.
Tahniah kami ucapkan kepada murid-murid yang dapat top 3 pada peperiksaan kali ini. Bagi murid-murid yang lain, tak apa.. tak dapat nombor 1, 2, atau 3 tak bermakna tak pandai, mungkin nasib tidak menyebelahi kali ini. Jangan putus asa, cuba lagi dan lagi!
Nak tahu suasana perjalanan hari terbuka semester 2 tahun ini? Di sini saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua. Jika mahu lihat yang selebihnya boleh lah ke photo gallery kami ya!
|
Bersungguh Cikgu Najwa memberikan penerangan (TKM1) |
|
Tinggalkanlah pesanan untuk kami ya (TNPB) |
|
Cak!!! Comelnya Cikgu Juliana dan Cikgu Syikhah (TIB) |
|
Tenaga pengajar TIB 2016 |
|
Meja cikgu semua full house (TNPB) |
|
Bersungguhnya Cikgu Atikah menerangkan prestasi murid (TNPB) |
|
Apa yang diperbincangkan tu ya? (TMPB) |
|
Jom kita bergambar dahulu sebelum balik! (TKM2) |
|
Apa agaknya yang merisaukan ibu ini ya? (TM) |
|
Wajah-wajah ceria (TM) |
|
Meriah dengan tetamu di cawangan ini (TMPB) |
|
Khusyuk mendengar penerangan Cikgu Farah (TS2) |
|
Hmmmm.. nak tulis apa ye, ibu? (TS2) |
|
Tersenyum lega berkongsi cerita dengan guru kelas (TS1) |
Ooppss.. sebelum terlupa, ada lagi satu perkara yang sangat dinanti-nantikan ketika hari terbuka. Perkara yang membuatkan para guru besar dan guru-guru tak lena tidur memikirkan apa yang perlu dibuat, benda apa yang hendak digunakan, cantik atau tak? Papan notis cawangan yang dihasilkan oleh mereka. Tema kali ini adalah animasi. Cawangan mana agaknya kali ini yang akan membawa pulang piala pusingan bagi Papan Notis Terbaik?
|
TNPB dengan tema mereka Snow White and the seven dwarfs |
|
Aladin di TIB |
|
TS1 dengan tema mereka Strawberry on shortcakes |
|
Ada duyung di TS2 (Little Mermaid) |
|
Jom naik kereta kuda di TMPB (Cinderella) |
|
TKM2 dengan tema mereka Hansel and Gretel |
|
Jaga-jaga! Ada serigala di TKM1 (Little Red Riding Hood) |
|
Alice in wonderland di TIPB |
|
Bell ada di mana Beast? Beauty and the Beast di TM |
Itu sebahagian dari gambar-gambar yang dapat saya kongsikan di sini. Kami masih ada satu lagi program yang perlu dijalani dengan murid-murid K2. Program kemuncak yang sangat ditunggu-tunggu oleh anak-anak murid kerana mereka akan membuat persembahan di atas pentas; Hari Anugerah Cemerlang 2016. Bagi ibu bapa yang telahpun menghantar borang penyertaan untuk anak-anak, pastikan mereka hadir ke sekolah ya.. Latihan persembahan sudah pun bermula.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.