Bismillahhirrahmanirrahim
Seminggu sudah
berlalu Pertandingan Sempoa dan Congak 2016, tetapi cerita tentang kehangatan
pertandingan ini masih lagi rancak diperkatakan baik dari pihak guru mahupun
ibu bapa.
Alhamdulillah,
pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar walaupun pada awalnya
masing-masing buntu memandang pentas yang terbuka kosong di Atrium Pusat Bandar
Pasir Gudang. Ketika mendapat tahu keadaan yang begitu, keyakinan yang pada
mulanya di tahap yang terbaik, sedikit menurun kerana memikirkan bagaimana mahu
menceriakan pentas yang tak serupa pentas itu.
Saya yang cuma menjaga bahagian audio juga jadi menggigil
ketika memasang peralatan p.a sistem, mana taknya mereka yang lalu lalang di
sekitar ini mahu juga melihat peralatan yang bakal bergema di kawasan Atrium
itu. Akhirnya suasana raptai pada hari Jumaat sudahpun kelihatan seperti hari
pertandingan yang sebenar.
Kagum kami
dengan semangat dan keberanian anak-anak kecil ini. Gaya mereka beraksi di atas
pentas yang terbuka itu seolah-olah bukan kali pertama mereka berhadapan dengan
situasi sebegini. Seawal dari hari raptai, hinggalah ke hari pertandingan, majoriti
murid yang terlibat tidak kaku apabila berada di atas pentas. Kalaulah saya,
nak uji mikrofon cakap “one two.. one two” pun dah menggigil kepala lutut.
Semasa raptai sedang dijalankan. |
Seperti biasa, habis sahaja raptai, kami bahagian pengurusan akan duduk dan membincangkan sekali lagi permasalahan yang berlaku ketika raptai dan juga cara termudah dan efektif untuk menaikkan backdrop dan hiasan pentas. Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Atikah (TMPB), Cikgu Syikhah dan Cikgu Mas Ardilla (TIB) dan juga Cikgu Seri Rahayu Nengsih (TIPB) kerana sudi meluangkan masa untuk bersama kami bersengkang mata dan tenaga demi pertandingan ini. Oh.. tak lupa juga kepada suami-suami cikgu bahagian pengurusan yang turut sama membantu.
Bagaimana ye nak naikkan backdrop ni? |
Sama-sama bertungkus lumus menyiapkan bahagian masing-masing. |
Terima kasih kerana sudi membantu kami. |
Alhamdulillah, hasilnya!! |
Untuk
pertandingan tahun ini, kategori yang sangat menarik perhatian penonton dan
guru-guru adalah pertandingan congak. Hebat sungguh mereka ini! Tahniah
diucapkan kepada guru yang mengasah kehandalan murid-murid ini. Kami yang
guru-guru ini pun tak dapat kira selaju itu, masih lagi tercongak-congak nombor
yang diberikan oleh pembaca soalan, tetapi mereka yang di atas pentas sudah pun
berebut untuk menekan buzzer. Ketangkasan yang tak dapat kami tandingi.
Para peserta kategori ribu 6 Bistari sedang beraksi. |
Fokus sungguh peserta ratus 6 tahun ni. |
Pemandangan dari atas pentas pertandingan. |
Peserta sempoa 6 tahun |
Wakil congak dari TIB |
Peserta 5 bistari di atas pentas. |
Para peserta tarian juga tak kurang hebatnya. Baru 5 tahun tetapi dapat menghafal gerak tari lagu mereka dalam jangka masa latihan yang singkat. Kami seolah-olah menyaksikan persembahan di konsert akhir tahun murid rasanya. Terima kasih ya guru-guru yang berhempas pulas mengatur masa mengajar di kelas dan juga melatih persembahan. Bukan mudah untuk menggerakkan murid mendengar dan mengikut rentak dan gerak yang diingini.
Tarian pembukaan dari murid TIPB |
Cantik menawan menunggu giliran |
Wah.. bukan main lagi dia ye!! (TKM2) |
Persembahan tarian yang menarik dari Taman Mawar |
Anak-anak gadget zaman sekarang. (TNPB) |
Seperti beberapa tahun yang sudah, tahun ini juga ada dianjurkan pertandingan sempoa peringkat ibu bapa dan juga pertandingan ibu bapa vs murid. Alhamdulillah, penyertaan memuaskan dari pihak ibu bapa. Yang sangat-sangat dinantikan adalah pertandingan ibu bapa vs anak. Untuk tahun ini tiada wakil dari pihak bapa untuk bertanding dengan anak-anak. Cuba teka siapa yang menang? Hehehe.. semestinya anak-anak kecil yang pintar ini!
Wakil dari pihak bapa |
Wakil dari pihak ibu |
Peringkat akhir congak. |
Pertandingan ibubapa vs anak. Masing-masing fokus. |
Dari segi
keputusan pertandingan pula, kali ini nampaknya tadika-tadika baru sudah mula
menunjukkan taringnya. Harus diingat ye ibu dan bapa, cawangan baru bukan
bermakna semua gurunya baru, dua cawangan baru kami itu diterajui oleh guru besar
yang memang besar potensinya; Cik Siti Aminah di TMPB dan Cik Seri Rahayu
Nengsih di TIPB. Kami yakin mereka boleh mendidik dan juga membentuk guru-guru
dan anak-anak murid mereka setaraf, malah mungkin lebih baik lagi dari cawangan lain
yang sedia ada. Tekaan kami tidak salah
kerana untuk tahun ini bagi kategori ratus 6 tahun, 2 tempat teratas diungguli
oleh murid dari TIPB dan bagi 5 bistari pula oleh TMPB. Jadi ibu dan ayah,
lepas ni kalau kami cadangkan untuk daftar anak ke cawangan baru yang lebih
dekat dengan rumah, jangan khuatir.. cubalah dulu ya.
Para pemenang sempoa 6 Bistari. 1) Muhammad Ammar Ridwan Bin Mohamad 'Azri (TS2) 2) Dayang Nurafrina Auni Binti Mohd Fauzi (TM) 3) Rayhan Haniff Bin Mohd Hairizan (TNPB) |
Para pemenang sempoa 6 tahun. 1) Alisha Mirza Binti Noor Rajman (TIPB) 2) Adam Harith Bin Jeffry (TIPB) 3) Khalisoh Binti Ishak (TS1) |
Para pemenang sempoa 5 Bistari. 1) Nur Laila Arissa Binti Muhd Faizal (TMPB) 2) Abdul Fattah Aqil Bin Aziz (TNPB) 3) Nur Afifa Fitiya Binti Hafizi (TIPB) |
Para pemenang congak 6 Bistari/ 6 tahun. 1) Cahaya Ramadhania Adraiyani Binti Muazamsyah (TM) 2) Muhd Taufiq Rafie in Mohd Khairy (TM) 3) Nursyazriq Zafran Bin Norzairey (TMPB) |
Senarai pemenang bagi kategori ibu bapa pula adalah :
Tempat pertama - Puan Nor Idayu Binti Wagiman
Tempat kedua - Puan Norliana Binti Ali
Tempat ketiga - Puan Nor Mahira Binti Zokifeli
Tahun ini juga warga MyBistari berasa sangat beruntung kerana Penyelia Swasta dari PPD sudi datang dan merasmikan pertandingan ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Norafazi Bin Jaafar, sanggup tunggu hingga ke akhir program dan juga turut serta memantau perjalanan pertandingan di atas pentas. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.
Membincangkan prestasi murid mungkin. |
En Norafazi turut sama menyampaikan hadiah untuk para pemenang. |
Terima kasih sekali lagi dari kami waga MyBistari Group. |
Terima kasih juga kepada para juri dan penanda kertas yang terdiri dari ibu-ibu kerana bersama-sama kami pada kali ini. Ada yang awal-awal lagi dah menawarkan diri untuk turut sama lagi pada tahun depan.
Nak tengok lebih banyak gambar dan video? Silalah jengah ke bahagian album di blog ini. Lebih bermakna lagi bagi kami jika pihak ibu dan bapa sudi meninggalkan komen dan cadangan. Sebelum saya terlupa, minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir bagi anak-anak MyBistari. Marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik.
Terima kasih daun keladi !! |
Nak tengok lebih banyak gambar dan video? Silalah jengah ke bahagian album di blog ini. Lebih bermakna lagi bagi kami jika pihak ibu dan bapa sudi meninggalkan komen dan cadangan. Sebelum saya terlupa, minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir bagi anak-anak MyBistari. Marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik.
JOGET BERHIBUR (TIPB)
TARIAN SIAPA GERANGAN (TKM2)
TARIAN NGAJAT TAMPI (TM)
TARIAN KEINDAHAN PANTAI (TNPB)
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.