Bismillahirrahmanirrahim.
SELAMAT HARI RAYA |
“Kalau
rezeki dari Allah itu lambat, maka beristigfarlah kepada Allah dan bermohon
semoga melapangkan rezekiNya bagi anda. Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan
adalah rendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa.” Ali Bin Abi
Talib r.a
Alhamdulillah,
masih lagi diberi oleh Allah untuk merasai nikmat kehidupan untuk hari ini. Degup
jantung yang masih kita rasai hari ini juga adalah salah satu dari rezeki yang
Allah sudi berikan kepada kita. Nampak mudah bukan? Ada ketikanya kita tak
terfikir pun itu juga adalah salah satu dari sumber rezeki kerana selalunya
konsep rezeki itu kita lihat dari perkara-perkara atau benda yang kita nampak
dengan mata kasar.
Kali ini,
ingin saya kongsikan sedikit cerita berkenaan rezeki yang melimpah ruah
banyaknya yang kami perolehi ketika sambutan hari raya pada hari Ahad yang
lalu. Alhamdulillah, sumbangan dari pihak ibu bapa dan penjaga sangat-sangat
menggalakkan. Terima kasih kami ucapkan bagi pihak MyBistari Group. Seronok
melihat anak-anak murid dan juga cikgu-cikgu teruja melihat meja yang penuh
dengan pelbagai jenis juadah, sehingga ramai juga anak murid yang rambang mata
untuk memilih makanan.
Seperti
biasa juga, suasana untuk sambutan kali ini, dapat saya nikmati di Taman Mawar
sahaja. Puan Suhaila, Puan Norafizah, dan Puan Noorfaridah yang bergerak ke
setiap cawangan seliaan masing-masing untuk sama-sama menyambut hari raya bersama guru dan
anak murid. Mesti seronokkan? Terbayang-bayang kemeriahan sambutan dan
kegembiraan anak-anak murid. Mana kan tidak, di sini sahaja tak menang tangan
kami melayan gelagat anak-anak murid yang tak sabar-sabar hendak berhari raya
bersama rakan-rakan sekelas.
Segak dan
cantik. Itu yang dapat saya katakan ketika melihat mereka turun dari van atau
menyambut mereka yang sampai dihantar oleh ibu bapa. Yelah, bukan selalu kami
dapat lihat mereka berpakaian lain selain dari baju uniform tadika. Kembang
kuncup hidung mereka apabila menghulurkan sumbangan yang dibawa dari rumah.
“Makan tau
cikgu, mi ni mak kita yang masak.. sedap!!”
“Cikgu,
karipap inti sardin ni kita nak nanti tau!”
“Kita tak
bawa bekal.. mak kata mesti ada banyak makanan hari raya..” ada juga yang
berkata begini, dengan muka sedihnya. Tak apa.. untuk memberi sumbangan itu
tidak wajib, seikhlas hati. Rezeki yang ada kita kongsi bersama-sama.
Sayangnya,
masih ada juga murid yang hadir ke tadika dengan berbaju uniform. Mungkin ibu
bapanya terlupa. Tak apalah, yang penting mereka juga merasai keseronokkan
sambutan hari raya.
Sambutan
diadakan bermula pada waktu rehat, yang mana murid-murid dikumpulkan
beramai-ramai di halaman luar. Makanan kemudian diagihkan, untuk memudahkan
perjalanan majlis, cikgu-cikgu memainkan peranan dengan menyuap murid-murid
makanan yang ada. Selepas kenyang, barulah aktiviti permainan dan sambutan sebenarnya
bermula. Bermacam-macam permainan dimainkan di setiap cawangan, kami yang berada di
bahagian pengurusan juga teruja melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Guru Besar dari srtiap tadika MyBistari Group.
Nak tengok gelagat mereka berhari raya di tadika? Ada saya kongsikan di Photo Galery. Oleh kerana jumlahnya agak banyak, untuk tatapan di sini, saya himpunkan beberapa keping gambar mengikut cawangan.
Suasana berhari raya di TKM1 |
Meriahnya sambutan di TIB |
Kemas dan tersusun di TIPB |
Banyak permainan baru di TKM2 |
Tak kurang meriahnya TM |
Sambutan di TMPB |
Wajah-wajah ceria warga TNPB |
Ukhwah guru dan murid di TS1 |
Suasana sambutan di TS2 |
~Cikgu Norifah~
Meriahnya .đŸ˜ƒđŸ˜„
ReplyDeleteSelamat hari raya k.iffah . đŸ™Œ
You are part of the 'kemeriahan' tu, Cikgu Syikhah. Thank you!
DeleteSelamat hari raya!!
~Cikgu Norifah~
Meriah betul sambutan hari raya di TPB..
ReplyDeleteSelamat hari raya buat semua warga TPB :)
Alhamdulillah. Kalau ada masa datanglah ziarah kami di sini, Ain.
DeleteSelamat hari raya!
~Cikgu Norifah~