18 ~ 20 MAC 2015
Setelah beberapa hari bercuti, MyBistari Group membuat program pemantapan untuk guru-guru kami. Bermatlamat untuk pemantapkan pengajaran dan pembelajaran agar anak-anak di tadika kami mendapat didikan yang betul dan berkesan. Disamping itu dibuat juga masukan-masukan tentang pemantapan aqidah dan syahsiyah. Beginilah aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Mantapkan pengajaran sempoa |
Pemantapan modul berbeza-beza mengikut seniority |
Selepas tu,,,kepala dah penat, kita menjamu selera. Special lunch ;)
Hari berikutnya mereka khusyuk mendengar tazkirah.
Agar Bekerja Menjadi Berkah oleh Ustazah Nurul Ilmi |
Masing-masing khusyuk mendengar |
Dan malamnya kami berkampung di Taman Mawar untuk berqiam pagi esoknya sambil diberi slot muhasabah oleh saya sendiri selepas solat Isyak bertajuk Meningkatkan Kualiti Ubudiah.
Sebelum maghrib mereka dijamu makan malam yang dimasak oleh Chef Zainon...
Makan malam yang sempoi-sempoi aje namun menggiurkan...hihihi |
Jr chef menceritakan jarinya yang terluka kerana menolong Sr. Chef |
Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang diJALANKAN. Cuma ini saja yang sempaT saya bercerita. Beginilah acara tahunan kami. Insyaallah akan diteruskan.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.