Thursday, June 23, 2011

SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA!!

Tahun ini sesi fotografi kelas K1 dan K2 serta individu K2 dibuat awal. Kalau sekadar untuk diambil gambar, proses dan framekan, itu tidak menjadi masalah besar. Kerja senang tu tapi sebaliknya gambar-gambar yang diambil ini perlu di "crop", edit, dan macam-macam lagi. Mujurlah ada pakar yang boleh buat semua tu. Itulah  Cikgu Siti Aisah, yang empunya diri dan ditugaskan untuk membuat kerja tersebut hingga juling-juling mata dibuatnya.

Jadual pertama ke Taman Scientex (2) ambil gambar K1 dan K2, pagi dan petang. Nikon DSLR D5000 buat hal. Lens blurrr! Tak boleh jadi ni. Hancus semuanya gambar sesi pagi. Berkejar balik ke rumah ambil Sony Cybershot untuk sesi petang. Tawakalillah. Gambar yang diambil terus dicrop, edit dan hasilnya memuaskan.  Alhamdulillah, luarbiasa. Kalau tidak terpaksa saya berkejar membeli DSLR baru dan RM pun melayang-layang. Bukannya tak boleh hantar baiki, tapi dah tentunya memakan masa walhal jadual sesi fotografi ini perlu dipenuhi mengikut schedule asal. Kalau tak, semua schedule lain terganggu sementelah bulan Jun dan bulan-bulan yang lain tu dah penuh aktiviti untuk anak-anak tadika.

Tahun ini ada pembantu. Kak Nini ambilkan gambar kerana belum balik Indon lagi. Bolehlah membantu mana yang patut. So ibunya boleh buat kerja lain.

Next day, ke Taman Rinting. Inilah antara gambar-gambar yang diambil.

Cikgu-cikgu sedang menyaipkan murid-murid memakai jubah konvo.

Hensem gitu!

Comelnya

Alamak, belum sedia lagi cikgu!

Contoh gambar kelas yang asli (belum crop dan edit)
Hari seterusnya di Tadika Inovasi Bestari 

TIB masih tak ramai murid.


Penuh yakin!

Nape tak tengok kamera cikgu tu!

Calon pemimpin

Bakal jurutera.


Di belakang sengaja diletakkan kain putih agar gambar senang dicrop. Insyaallah, hasilnya memuaskan.
Esok akan diadakan ulangan sesi fotografi di TS2  sesi pagi bagi menggantikan gambar-gambar yang hancus tu.

Ok, tengok kamera cikgu. "SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA"

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.