Seawal 6.30 pagi, deretan kereta-kereta memenuhi jalan di tadika Taman Mawar menghantar anak-anak yang mengikuti lawatan ke KTM JB Central dan Gunung Lambak Eko-Resort, Kluang. Dari gaya dan keceriaan anak-anak ini, tiada yang nampaknya mengantuk kerana terpaksa bangun awal pagi ini. Dalan perjalanan ke tadika, saya mendapat satu panggilan telefon
"Cikgu, nak tanya, berkumpul kat mana?,
"Kat tadika, kenapa?, tanya saya balik.
"Kat tadika tak ada orang pun", kata ibu tadi agak kecemasan.
"Tadika cawangan mana?", tanya saya minta kepastian.
"TS1", jawabnya ringkas,
Dah sah, salah info, cetus hari saya. Bimbang juga info yang diberi oleh pihak saya yang salah.
'Hari ini yang pergi adalah TM1, TM2, TIB dan Rinting saja, TS1 pergi minggu depan", saya menjawab ringkas.
"Ada ke tulis dalam surat?, si ibu minta kepastian lagi.
"Ada" jawab saya ringkas dan tiada lagi sura di hujumg panggilan.
Nampaknya ada ibu yang tersalah info, mungkin anak-anak kawan sepejabatnya yang pergi hari Sabtu ini, jadi ibu pun teruja, nak menghantar anak lawatan tanpa meneliti surat makluman.
Berbalik kepada keadaan di tadika, bas menunggu anak-anak yang sedang diatur oleh guru-guru pengiring. Sebuah bas lagi terus ke Taman Rinting setelah menaikkan anak-anak dari tadika Inovasi Bestari. Alhamdulillah, tahun ini dapat bas yang baru dan selesa setelah diberi amaran berikutan keadaan bas tahun lepas yang tidak memuaskan hati saya. Sempat juga saya rakamkan ini sebelum mereka naik bas.
Yes, we are ready! |
Jam 7.00 pagi bas bergerak. Lewat 15 minit dari perancangan awal. Namun begitu, ada juga seorang murid yang masih belum sampai. Jadi terpaksalah saya arahkan agar ibubapa menghantar terus ke JB Central. Kami tidak dapat menunggu lagi, bimbang jalan jem dan terlewat pula sampai di JB Central. Saya dan Cikgu Tamizi tidak turut serta menaiki keretapi sebab perlu membawa makanan tengahari anak-anak ini. Jadi kami menyusul dari belakang dengan JMA4040.
Alhamdulillah, mereka sampai ke JB Central tepat pada masanya. Disambut oleh petugas KTM dan polis bantuan yang telah awal-awal lagi ditugaskan menjaga keselamatan anak-anak ini sepanjang perjalanan berkeretapi ke Kluang. 3 koc diperuntukkan untuk anak-anak TPB dan TIB ini dan dalam setiap koc ada seorang polis bantuan yang cantik segak memakai pakaian seragam polis. Dek kerana masalah teknikal, keretapi lewat tiba dari Singapura dan anak-anak ini sabar menanti, sambil-sambil itu sempat berposing.
Group Taman Rinting |
Group Taman Mawar 2 |
Murid-murid diberikan keistimewaan! |
Group Tadika Inovasi Bestari |
Anak-anak juga kagum dengan JB Central. Termasuk juga cikgunya hingga ada yang berkata, "Bangga jadi anak Johor ya, ingatkan kat KL aje ada macam ni". :). Tulah cikgu, kalau ada kesempatan, pergilah berjalan-jalan ya! Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengetahuan.
Bila pengumuman keretapi datang, ada anak yang berkata kepada cikgu, "Macam kita kat airport aje, nak naik kapalterbanglah cikgu", Mungkin dah ada pengalaman naik kapalterbang. Yelah, anak-anak sekarang, dah biasa dengan perkara-perkara macam ini.
Bila keretapi dah sampai, ada yang berkata, "Cikgu, baru saya tahu, keretapi tak ada tayar". Cikgu tersenyum lebar kerana ini adalah pengetahuan baru bagi anak-anak, yang sebelum ini hanya melihat keretapi dalam gambar sahaja.
Dalam koc keretapi, mereka bersarapan burger benjo. Saya memang bekalkan makanan yang mengenyangkan kerana tahu anak-anak ini tak sempat untuk bersarapan. Kalau adapun ibubapa yang menyediakan sarapan di rumah, tak adanya nak dimakan kerana dah tak sabar nak berombongan.
Sesampai di stesen Kluang, bas dah sedia menunggu untuk membawa anak-anak ini ke Gunung Lambak Eco-Resort.
Macam biasa, masih dalam barisan untuk mencari tempat landing untuk makan tengahari sambil ramai yang memerhati anak-anak ini.
Jom, cari tempat yangsesuai! |
Yum, yum. nasi goreng cina dan ayam goreng sebagai juadah makan tengahari |
Licinnnn! Alhamdulillah. |
Badanku dah penat, perutku dah kenyang, matapun dah kuyu, alangkah bagusnya kalau dapat landing jap kat sini! |
Dalam masa yang sama, sempat juga saya meninjau-ninjau persekitaran di sini.
Dewan serbaguna |
Wakaf tempat berehat |
Surau bagi yang ingin menjalankan kewajipan |
Digunakan sekiranya ada sesuatu program |
Waterpark dengan kenyamanan kehijauan hutan |
Buat kenang-kenangan |
Destinasi terakhir sebelum naik bas. |
Akhirnya, saya merakamkan banyak-banyak terimaskasih kepada Encik Kamil, pegawai KTM yang memberikan pekhidmatan istimewa kepada anak-anak ini. Juga Pn.Siti Fadilah, polis bantuan yang menghantar anak-anak ini hingga naik bas di Stesen Kluang. Tidak lupa juga kepada Pn, Mas, petugas Gunung Lambak Eco-Resort. Insyaallah, Sabtu ini berjumpa lagi untuk kumpulan yang kedua pula.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.