Monday, April 25, 2011

ANAK BERKEPERLUAN KHAS

Berada di dunia pendidikan awal kanak-kanak mendedahkan saya kepada anak-anak berkeperluan khas peringkat umur 4 ~ 6 tahun. Setiap tahun pihak kami menerima pelajar sedemikian. Melihat kepada fizikal dan rupa paras, memang tidak dapat dipastikan bahawa anak-anak ini memerlukan perhatian khusus dalam pembelajaran sehinggalah ianya dikenalpasti melalui proses pengajaran dan pembelajaran, rekod-rekod bacaan, rekod doa dan hafalan dan interaksi one-to-one.  Dengan rekod dan pemerhatian ini, pihak kami telah dapat mengenalpasti permasalahan ini pada peringkat awal, seawalnya selepas beberapa bulan mengikuti kelas di tadika. Saya dan guru-guru di sini tidak mempunyai kepakaran khas dalam anak-anak berkeperluan khas ini tapi kami mencuba sedaya upaya membantu untuk memberikan pemahaman kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Sebenarnya terdapat ramai anak diluar sana yang memerlukan perhatian khas dalam pendidikan peringkat tadika tetapi tiada tadika seumpama ini di sekitar Pasir Gudang tetapi peringkat sekolah rendah dah banyak. Yang dalam pengetahuan saya adalah SK Pasir Gudang 2, SK Taman Rinting 2, SK Tanjung Puteri. Sementara diperingkat sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Pasir Gudang 2.

Antara ciri-ciri anak ini ialah: 
1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dll.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas, sukar utk mencari perkataan yg mengekspresikan perasaanya/kemahuannya.
3. Sukar memahami / memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu masa. Cth, Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu... Ambil pemadam 1 arahan, berikan kpd cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
6. Sukar mengawal diri apabila marah atau kecewa.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola, menendang-menahan bola, berbasikal, melompat, berjalan lurus atau berlari.
9. Sukar memberi fokus pd satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.

Ciri-ciri di atas adalah secara general sahaja. Namun begitu ciri-ciri ini berbeza mengikut individu, latarbelakang anak, umur dan persekitaran. 


APA YANG PERLU DILAKUKAN?
1) Setelah mendapat maklumbalas dari guru kelas dan gurubesar, kebiasaanya saya akan memanggil ibubapa datang ke tadika untuk berbincang dan mengenalpasti keadaan anak tersebut di rumah juga. Saya juga sarankan ibubapa untuk mendapatkan info tentang permalahan pembelajaran ini dari buku-buku (kenalah membaca) dan juga internet (paling mudah ~ maklumat dihujung jari) agar ibubapa dapat pemahaman yang lebih jelas.

2) Saya akan sarankan supaya ibubapa membawa anak tersebut berjumpa dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul-betul bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.
3) Sekiranya anak tersebut telah dibawa berjumpa doktor, pihak tadika akan menerima surat kajiselidik dari pihak hospital. Dari situ pihak hospital akan mengambil langkah-langkah bagaimana membantu anak ini dalam proses seterusnya.

3 comments:

  1. Mengesan anak2 yg berkeperluan khas ini mmg amat penting. Namun ibu-bapa perlu bersikap terbuka dlm menerimanya. Anak2 ini istimewa dan tidak sewajarnya disisihkan. Benar Puan, di SK Pasir Gudang 2 kami mempunyai kelas khusus ukt anak2 ini, Anak2 ini akan diletakkan di bawah Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran dan akan dididik mengikut keupayaan mereka. Bagaimanapun hanya murid berusia seawal 7 thn sahaja yg diterima masuk. Namun jika tidak silap saya, di SK Tmn Rinting 2 ada pra sekolah utk anak2 ini bagi yg berusia 6 tahun. Anak2 ini sewajarnya mengikuti kelas khas ini supaya mereka dapat menuntut ilmu sejajar dgn keupayaan mereka.

    ReplyDelete
  2. Terima asih cikgu atas perkongsian. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu masa persekolahan anak anak ini di SK Pasir Gudang 2,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.