Thursday, August 1, 2019

LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK!

Bismillahirrahmanirrahim. Para jemaah Simulasi Haji Cilik bergambar dengan pakaian ihram mereka. (TIB) “Labbaiki Allahumma Labbaik..” Semakin hari semakin kerap kedengaran laungan ini di tadika-tadika kami. Sayu dan teruja apabila mendengar laungan ini dari anak-anak didikan kami. Jika minggu yang terdahulu  di beberapa tadika kami sibuk dengan latihan menari, kali ini semua tadika kami sibuk dengan latihan untuk program seterusnya,...

Wednesday, July 17, 2019

PERTANDINGAN UJI MINDA, KAMI DAH SEDIA NI!

Bismillahirrahmanirrahim. Latihan persembahan murid K1. (TS2) “Siapa PM Malaysia?” soal seorang daripada tiga murid yang duduk di ruang menunggu tadika. Saya yang turut berada di situ, sedang mengemas kelengkapan fotografi memasang telinga sahaja, tidak mahu mengganggu perbualan mereka. “Yang pm, pm tepi tu ya? Orang jual coklatlah kan, kat Facebook?” salah seorang dari mereka menyoal semula. “Bukanlah, semalam kan cikgu ada tanya...