Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
Bersungguh menari (TMPB) |
Debaran
kian terasa!
Itulah yang
sedang kami semua rasai sekarang ini. Tinggal beberapa hari lagi Pertandingan
Sempoa dan Congak akan berlangsung. Agak terkejar-kejar juga persiapan kali
ini, baik dari bahagian kami pihak pengurusan dan juga persiapan di semua
cawangan. Almaklumlah, cuti untuk dua bulan kebelakangan ini agak banyak, jadi
masa yang dapat kami peruntukkan untuk latihan amat terhad.
Selain dari
latihan sempoa dan congak yang sedang gigih dilakukan, ada beberapa cawangan
yang terpaksa bekerja lebih dari yang lain kerana anak-anak murid mereka
terlibat dengan persembahan. Bukan mudah untuk melatih anak-anak murid yang
berumur 5 tahun menari mengikut rentak yang ditunjuk ajar dengan kadar masa
yang sangat suntuk.
Jadi saya
minta jasa baik para ibu bapa dan penjaga yang akan datang menonton persembahan
anak-anak ini untuk turut sama memberi sokongan kepada mereka. Walaupun mungkin
nanti gerak tari mereka lain dari latihan mereka (kerana ada murid yang
bersungguh ketika di tadika, tetapi gementar apabila di atas pentas), tetaplah
beri tepukan dan sorakan tanda sokongan atas keberanian mereka untuk beraksi di
atas pentas.
Bagi murid-murid yang terlibat dengan pertandingan pula, kategori yang dipertandingan tetap sama bagi tahun ini:
1) Kategori 6 Bistari.
2) Kategori 6 Tahun.
3) Kategori 5 Bistari.
4) Kategori Ibubapa.
5) Kategori Ibubapa vs murid.
6) Kategori Congak.
Bagi semua yang terlibat dalam pertandingan ini, selamat berlatih!!
![]() |
Cikgu, ni kami bersenam ke menari? (TMPB) |
![]() |
La.. pandang tempat lain pula.. bergaduh ke? (TMPB) |
![]() |
Tengah latihan pun mengantuk.. (TMPB) |
![]() |
Eh.. kena letak kaki depan ke belakang? (TM) |
![]() |
Ok semua, teleng ke kiri dahulu (TM) |
![]() |
Haaa.. cuba tengok kekuda kita, ewahhh (TM) |
![]() |
Jom main sep sep sep, mi mi mi.. (TIB) |
![]() |
Kan cikgu dah pesan.. tangan ni keluar dulu..(TIB) |
![]() |
Adui.. sakit juga kaki nak kena lipat macam ni.. (TIB) |
![]() |
Alamak, saya lupa step.. (TS2) |
![]() |
Pusing lapan kali ye.. (TS2) |
![]() |
Eh.. letak kat bahu ke nak tunjuk depan dulu ni? (TS2) |
Video latihan persembahan
Pertandingan Sempoa & Congak 2017
Pertandingan Sempoa & Congak 2016
Jangan lupa sama-sama meriahkan lagi Pertandingan Sempoa dan Congak 2018 nanti pada 22hb September 2018 (Sabtu) di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudang ok!!
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.