Bismillahirrahmanirrahim.
 |
Bergambar dahulu sebelum memulakan lawatan di Sinaran Agrofarm. |
“Wah..
bulan Februari ni kita banyak jalan-jalanlah!” kata Puan Suhaila semasa
menyemak planner bulan Februari.
“Tiga
minggu terus menerus ni kita ke MCM dengan Festival Layang-Layang, seronoklah
anak-anak murid kita,” tambahnya lagi.
“Tapi
sebelum cikgu-cikgu berhempas pulas layan kerenah anak-anak murid, kita nanti
pergi dulu ke MCM dan.. tambahan ke Sinaran Agrofarm kat Kempas, kita makan
buah mulberi dengan cendawan fresh,” berbunga-bunga hati kami di pejabat
MyBistari Group mendengar penerangan Puan Suhaila. Seperti biasa segala
aktiviti akan dikongsikan dengan kami terlebih dahulu kerana persiapan untuk
lawatan perlu kami sediakan.
Jadi
seperti yang dirancang, para guru melakukan lawatan ke Sinaran Agrofarm dan MCM
Studio pada 15 Februari 2019, Jumaat yang lalu. Oleh kerana jumlah kami yang
agak ramai, pihak tadika menggunakan dua buah bas, bas pertama memuatkan
guru-guru dari TPB Taman Mawar, Tadika Inovasi Bestari, TPB Taman Kota
Masai,Tadika Ilmu Pintar Bestari dan juga dari pihak pengurusan. Bas kedua pula
memuatkan guru-guru TPB Taman Scientex 1 dan 2, Tadika Minda Pintar Bestari dan
Tadika Intelek Minda Bestari.
 |
Ceria semua di dalam bas 1 |
 |
Guru-guru bas 2. |
 |
Sempat bersarapan di dalam bas. |
Destinasi
pertama kami adalah Sinaran Agrofarm. Terus terang sepanjang 34 tahun saya
tinggal di Pasir Gudang, tak pernah saya tahu wujudnya tempat ini. Rupanya sudah beroperasi selama lebih 30 tahun. Masing-masing sepanjang perjalanan lebih banyak mendiamkan diri kerana cuba
untuk membayangkan suasana di agrofarm tersebut.
Bas kami
sampai dahulu ke destinasi dan kehadiran kami disambut dengan aroma wangi
cendawan segar yang sedang digoreng. Tertelan-telan air liur kami menahan perut
dari terus berkeroncong.
Sementara
menunggu bas yang lagi satu sampai, kami bergambar dahulu di homestay yang ada
di agrofarm itu, kemudiannya kami masuk
dahulu ke ruang tanaman cendawan untuk melihat cendawan yang sudahpun tumbuh.
Setelah bas
kedua sampai, aktiviti lawatan rasmi pun dimulakan. Ucapan alu-aluan oleh Tuan
Haji Alwi yang menyambut mesra kedatangan kami membuatkan kami rasa selesa
disitu. Kemudiannya kami dibawa untuk melawat ruangan tanaman cendawan. Kami
yang sudahpun membuat lawatan awal ke ruangan tersebut memberi peluang kepada
para guru untuk masuk ke dalam.
 |
Tanda simpang masuk ke Sinaran Agrofarm. |
 |
Pemandangan ruangan menunggu di Sinaran Agrofarm. |
 |
Kami bergambar dahulu sementara menanti bas 2 sampai. |
 |
Suasana suram di dalam ruangan cendawan. Ini penting untuk pertumbuhan cendawan. |
 |
Cantik tumbuhnya cendawan ini. |
“Cikgu,
kalau nak makan dulu pun boleh, nasi lemak dengan cendawan goreng dah siap dah
tu,” tegur salah seorang staf disitu.
Apalagi,
kami dan beberapa cikgu yang sudahpun membuat lawatan bergerak ke ruang makan
yang disediakan.
“Makan
tanpa had cikgu, kalau nak tambah boleh aje,” semakin lebar senyuman
cikgu-cikgu kami mendengar ayat itu.
Sememangnya,
nasi lemak sambal telur puyuh di Sinaran Agrofarm sangat sedap, ditambah pula
dengan cendawan goreng tepung dicicah sambal kicap, pergghhhh.. memang ramai
juga yang bertambah makan. Semakin enak suapan kami apabila deria pendengaran
kami juga disaji dengan alunan suara Haji Alwi mendendangkan lagu berkenaan
cendawan, lagu ciptaannya sendiri. Terima kasih atas layanan istimewa ini.
 |
Selamat menjamu selera. |
Selesai
bersarapan pagi, kami diberi penerangan berkenaan cara penanaman cendawan.
 |
Penerangan langkah demi langkah cara menanam cendawan. |
 |
Masing-masing khusyuk mendengar penerangan yang diberi. |
Lawatan kami diteruskan ke Laman Lestari
Kelulut. Di sana En Azman sudah sedia menanti di ruangan aktiviti yang
disediakan.
 |
Menuju ke tapak aktiviti seterusnya. |
Untuk kali ini bukan kelulut yang diperkenalkan kepada kami, tetapi
kami diperkenalkan dengan ulat sutera. Menerusi penerangan En Azman, di
Malaysia hanya di sini sahaja penternakan ulat sutera dijalankan. Kami
kemudiannya diberi tugasan untuk bergambar dengan kepompong ulat sutera dan
kongsikan di Facebook.
 |
Cuba teka apa yang ada di dalam tray telur tu. |
 |
Ok, ambil ikut jumlah ahli kumpulan ya! |
 |
Kepompong ulat sutera. |
 |
Wakil kumpulan kami, Puan Shawariah dengan ulat sutera dan kepompongnya. |
 |
En Azman sedang memberi penerangan. |
 |
Kepompong ulat sutera berposing. |
 |
Disebalik tabir posing bersama kepompong ulat sutera. |
 |
Eh.. jangan telan kepompongnya. |
Siapa yang memperolehi ‘like’ paling banyak akan dapat
hadiah. Apa lagi, terus tekun cikgu-cikgu dengan handphone masing-masing, siap
ada yang hubungi adik beradik untuk minta ‘like’ gambar tersebut.
 |
Terus bersemangat masing-masing 'share' gambar di Facebook. |
 |
En Azman sibuk memberi penerangan, Cik Siti sibuk mengira 'like'. |
 |
Duduk beratur menunggu 'like' di Facebook. |
Lawatan
diteruskan ke bahagian dalam agrofarm. Sebelum itu, kami diberi keizinan untuk
memetik buah malberi 3 biji seorang. Bila ke bahagian belakang agrofarm rupanya ada
kandang-kandang haiwan rupanya.
 |
Cikgu-cikgu sedang sibuk mencari buah malberi yang masak. |
 |
Ni dah baca doa sebelum makan tak? |
 |
Senyuman seceria bunga matahari. |
Kami tak lama berada di situ kerana masa yang
semakin suntuk. Kami kemudiannya kembali ke ruang aktiviti untuk membuat dua
aktiviti iaitu menghias kertas dengan bunga dan dedaun yang disediakan dan juga
aktiviti menanam pokok malberi.
 |
Tema kolaj saya hari ini adalah dedaunan berguguran. |
 |
Cantik tak kolaj saya? |
 |
Eh.. dia ni.. orang tengah sibuk cari idea nak tampal bunga ni, dia ambil gambar pula. |
 |
Tema saya pula, hentam sajalah! |
 |
Huh.. busy nya semua.. tak pandang kamera saya. |
 |
Saya isi dululah soalan di belakang kertas ni. |
 |
Rasanya ada tak yang berjaya menang dari kumpulan ni? |
 |
Muka senyuman bangga kerana yakin akan menang. |
 |
Semua kumpulan sibuk menyiapkan tugasan. |
 |
Bahan-bahan dan peralatan untuk menanam malberi sudah siap disediakan. |
 |
Penerangan dari En Azman berkenaan cara menanam pokok malberi. |
 |
Tanah tak perlu isi penuh ya, cukup sekadar banyak ni sahaja. |
 |
Alamak, terpenuh pula tanah saya isi. |
 |
Yes.. sampai juga saya nak ambil bekas ni. |
 |
Tadaaaaaaaa... saya dah siap tanam pokok malberi. |
Kolaj bunga dan daun yang tercantik kemudiannya
dipilih oleh Haji Alwi. Sebelum pengumuman para pemenang, kami dijamu dengan
air malberi.
Sebelum kami bertolak ke MCM Studio, keputusan untuk pertandingan kolaj diumumkan. Pemenangnya tempat pertama adalah Puan Suhaila, tempat kedua adalah Cik Fadiah dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Nadirah. Saguhati pula diperolehi oleh Cik Sabriena, Cik Noor Ain, Puan Juliana dan Puan Norafizah.
 |
Sijil penghargaan dari pihak Sinaran Agrofarm kepada kami. |
 |
Tempat pertama pertandingan kolaj, Puan Suhaila. |
 |
Tempat kedua, Cik Norfadiah. |
 |
Tempat ketiga, Cik Nadirah. |
Kami tiba
di MCM hampir pukul 12 tengahari. Pada awalnya terpinga-pinga juga kami kerana
pertama kali datang ke Capital City dahulu untuk sesi pengenalan MCM,
keseluruhan kawasan masih lagi dalam pembinaan. Kali ini pula semuanya sudah
cantik berhias.
Apabila
sampai ke tingkat 4, Puan Zainun dan Encik Tamizi sudah sedia menanti kami.
Setelah diberikan sedikit penerangan , kami dibahagikan kepada 2 kumpulan agar
mudah staf MCM memberi penerangan kepada kami. Kami di bahagian pengurusan
diletakkan di bawah jagaan Cik Nana dan Encik Farhan.
 |
Pemandangan dari luar bangunan. |
 |
Senarai harga dipaparkan di luar. |
 |
Toy Chamber yang menanti kehadiran anak-anak murid. |
 |
Ruang makan yang disediakan di MCM bertemakan Garfield. |
 |
Cantik dan comel hiasannya. |
 |
Mesti best kalau dapat naik pusing-pusing keliling. |
 |
Jeng jeng jeng.. cikgu-cikgu dah sampai!!! |
 |
Dan tak putus-putus jumlah cikgu sampai ke tingkat 4. |
 |
Teruja mendengar penerangan Cik Nana dan menanti untuk dibahagikan kumpulan. |
 |
Lori jajan menanti anak-anak murid dan cikgu yang lapar dan haus. |
 |
Ok, ready.. ready.. nak ambil gambar ni. |
 |
Bergambar sebelum memulakan aktiviti. |
 |
Apa agaknya yang diterangkan En Farhan? |
 |
Jom semua masuk dalam ni!! |
Tempat pertama
yang kami kunjungi adalah City Of Glass. Bayangkan berjalan di atas kaca
setinggi 4 tingkat. Ketar lutut mereka-mereka yang fobia pada ketinggian. Ada
juga cikgu yang pada mulanya ok, tetapi bila sudah berada di tengah-tengah lantai kaca, terus kaku tak boleh bergerak.
 |
Pemandangan dari lantai City Of Glass, nampak terus ke ground floor. |
 |
Setakat berdiri macam ni, eleh.. apa nak takut.. |
 |
Taknak! Jangan tarik saya ke tengah!! |
 |
Hai!! Tengok ni! Kami happy je jalan atas kaca ni!! |
 |
Qaqa!! Jangan tinggalkan daku!! Gayat!!!! |
 |
We've marked this place!! |
 |
Nantikan kemunculan single terbaru kami! |
Kami kemudiannya
ke ruang aktiviti, tetapi sekadar melihat dari luar sahaja. Ruang itu digunakan
untuk diadakan aktiviti berkumpulan yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Kami meneruskan lawatan ke Larva Activity
Room. Sempat juga kami masuk sekejap di dalam ruangan ini, mencuba beberapa
jenis aktiviti yang disediakan.
 |
Puas anak-anak murid main ni kalau ada di tadika. |
 |
Para guru mencuba permainan yang disediakan di sini. |
 |
Ruang aktivti Larva secara menyeluruh. |
Setelah itu
kami ke Garfield Family Escape Playland. Dah namanya playland dan diberi
peluang untuk masuk ke dalam ruang ini, sisi kanak-kanak para cikgu kami mula
terserlah. Hampir semua permainan yang ada di situ dicuba.
 |
Bergambar dengan Garfield sebelum masuk ke dalam. |
 |
Wahh!!! Seronoknya semua!! |
 |
Ok, sedia semua!! |
 |
Yeay!!!!! Seronoknya kami!!! |
Lawatan
sekitar tempat ini berakhir di Dinocore
Extreme Activity Park. Di sinilah cikgu-cikgu kami dapat lepaskan gian mereka. Bermula
dengan melompat-lompat di trampoline, kemudian lompat masuk ke foam pit, cuba
zorb basketball, duga ketangkasan di ninja obstacle course dan yang akhir
sekali sebelum keluar dari ruangan ini, bermain
di castle playground.
 |
Ye.. saya yakin saya boleh!! |
 |
Tinggi lagi panjat tu Cikgu Siti!!! |
 |
Naik main games ni kena pakai baju khas ni dulu. |
 |
Alamak, kenapa separuh aje melekat badannya ni!!! |
 |
Saya suka!!!! |
 |
Semua kepenatan selepas melompat-lompat. |
Selepas itu
kami diberi masa untuk melakukan aktiviti bebas sementara menunggu bas kami
sampai. Ada yang kembali masuk ke ruangan aktiviti yang disediakan, ada yang
menjamu selera dan ada juga yang sekadar duduk menghilangkan lelah bermain
tadi.
 |
Bila bahagian pengurusan melaram. |
 |
Welcome to our jungle! |
 |
Hmmm.. dah berapa lama Si Larva ni tak gosok gigi? |
 |
Eiii.. awak makan apa ni? |
 |
Saya nak bawa balik seekor ni boleh? |
 |
Ok, dah puas berseronok, jom kita bincang untuk lawatan murid-murid kita! |
Sekali lagi
cikgu-cikgu diam sahaja bila sudah berada di dalam bas. Semuanya kepenatan
selepas meluangkan masa di MCM Studio. Insyaallah cukuplah melepaskan gian
bermain sebelum Jumaat ini bawa anak-anak murid pula.
Sekarang ini, kami sedang bertungkus lumus menyiapkan barangan yang akan dibawa untuk lawatan murid-murid K2 Jumaat ini.
 |
Sedang packing kudapan untuk para peserta lawatan. |
 |
Baju tshirt lawatan murid-murid. |
Semoga dipermudahkan segala urusan persiapan dan perjalanan lawatan murid-murid K2 ke MCM Studio Jumaat nanti. Jom kita jalan-jalan!!!
~Cikgu Norifah~
p
ReplyDeleteAYO Bergabung Bersama AJOQQ | Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
ReplyDelete1 ID untuk 8 Permainan Poker, Domino, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker, Sakong, Bandar66 ( NEW GAME!! )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
- Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
- Bonus referral 20% SELAMANYA
- Minimal Deposit dan Withdraw hanya 15 rb Proses Aman & cepat
- 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
Pin BB: 58cd292c
website : www.ajoqq.info
ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^