Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
Pentas Hari Anugerah Cemerlang sedia menanti para peserta dan penerima anugerah. |
Melihat
undangan telah datang,
Kami sambut
dengan kasih sayang,
Selamat
datang, para undangan semua,
Selamat
datang, para ibu dan bapa,
Selamat datang,
para penonton semuanya,
Selamat
datang, para hadirin semuanya.”
Begitulah
antara bait lagu pembukaan persembahan kali ini untuk Hari Anugerah Cemerlang
2018. Seperti biasa kami memang sangat-sangat hargai masa yang diluangkan oleh
pihak ibu bapa untuk turut sama memeriahkan lagi acara penutup tahunan kami.
Terima
kasih kami ucapkan kerana dari hari Jumaat (raptai) hinggalah ke hari acara yang sebenar, stadium penuh dengan
ibu bapa yang menunggu anak-anak dan memberi sokongan kepada anak murid yang
terlibat dengan persembahan.
![]() |
Bersemangat semasa raptai. |
![]() |
Dalam proses membuat bunga dari belon. |
![]() |
Suasana dalam proses menyiapkan stadium untuk HAC 2018. |
![]() |
Bergotong royong menyiapkan gerbang belon. |
![]() |
Alhamdulillah, cantik dan comel gerbang belon yang bakal menyambut kedatangan para peserta dan hadirin. |
Terima
kasih juga kepada pihak ibu bapa yang sudi menyumbangkan hamper untuk cabutan
bertuah dan juga juga sumbangan untuk Hari Anugerah Cemerlang. Kami hargainya.
![]() |
Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan kepada para pemberi sumbangan. |
![]() |
Cenderahati kepada para penyampai anugerah. |
![]() |
Comelnya belon-belon ni! |
![]() |
Anugerah yang sedia menanti penerimanya. |
Ada juga
pihak ibu bapa yang memberi cadangan untuk diadakan hari anugerah seperti tadika
yang lain, murid naik ke pentas memakai jubah dan menerima sijil tamat tadika,
maaf.. kami tidak dapat penuhkan permintaan itu. Setiap tadika ada cara yang
tersendiri dan bagi MyBistari Group, dengan jumlah murid yang ramai menyukarkan
kami untuk melakukannya. Tetapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kami ada
menyediakan booth bergambar bagi ibu bapa yang ingin bergambar dengan anak yang
telah tamat tadika.
![]() |
Sudut bergambar yang disediakan. |
Untuk
kesekian kalinya Hari Anugerah Cemerlang dapat dijalankan dengan baik,
Alhamdulillah. Berkat sokongan pihak ibu bapa dan kesungguhan para guru
membimbing anak-anak murid sepanjang tahun 2018, akhirnya kita sama-sama dapat
lihat hasilnya.
![]() |
Ucapan perasmian dari Encik Ahamed Tamizi. |
![]() |
Bacaan doa pembuka majlis dari adik Syafiq Ghazi Al Fatih dan adik Nur Raihanah Huda |
Gelanggang peserta persembahan. |
Para peserta semakin ramai yang sampai. |
Pemudah cara wajib bagi setiap kali Hari Anugerah Cemerlang. |
Unit pa sistem. Seorang sedang check bateri untuk mikrofon, seorang lagi sedang check gambar suasana stadium yang diambil. |
Mari cikgu betulkan seluarnya. |
Para penyampai anugerah menanti giliran untuk naik ke pentas. |
![]() |
Mari cikgu solekkan sikit, biar berseri naik ke pentas. |
![]() |
Kami sudah sedia nak beraksi di atas pentas!! |
Nyanyian yang sungguh menyentuh hati. |
Mari berzapin! |
Yang lelaki macam YB.. sampin kemas hingga ke dada. |
Lontaran suara koir yang sungguh bersemangat! |
Berdikir barat. |
Cantik dan kemas pakaian koir mereka. |
Persembahan drama musikal yang menyentuh hati. |
Pandai mereka menari. |
Kita berzapin lagi!! |
Tengok apa kat belah kiri tu? |
Gerakan dance aerobics yang mencuit hati. |
Persembahan boria yang sungguh bertenaga! |
Cantik hiasan kepala dan baju mereka. |
Ok, diri elok-elok kat tempat ni, lepas tu senyum tau. |
Nanti dulu, tunggu saya ke tepi dahulu!! |
Antara penerima Anugerah Khas Bacaan. |
Alamak, sijilnya besar sangat ye sampai nak tertutup mukanya tu. |
Yes!! Kami berjaya!! |
Senyuman sorok gigi. |
Uhhhh.. seronoknya kami dapat anugerah ni!! |
Alhamdulillah.. kami berjaya!! |
Yes!! Kami memang suka membaca!! |
Alhamdulillah.. buah tangan akhir tahun kami untuk ayah dan ibu! |
Berkat usaha bersama. |
Bangganya kami! |
Kami akan cuba kekalkan prestasi bila di sekolah rendah nanti! |
Penghargaan kepada bekas guru-guru kami: 1) Puan Asmira Binti Ruslan (Bekas GB TIB) 2) Puan Farhana Binti Yahya (Bekas GB TS1) 3) Puan Zulaiha Binti Abu Bakar (Bekas GB TIMB) |
Penerima anugerah cawangan terbaik 2018: TPB Taman Scientex 2 dan Tadika Inovasi Bestari. Tahniah kami ucapkan!! |
Selamat Datang (TS2)
Hujung Dunia (TIPB)
Lion Sleeps Tonight (TNPB)
Joget Kelantan (TIMB)
Terima Kasih Cikgu (TIB)
Inang Si Kunang Kunang (TMPB)
Nasyid Buatmu Ibu (TS1)
Lemak Manis (TM)
Anta Permana (TKM)
Mas Mona (TS2)
Boria Suka Suka (TIPB)
Joget Senyum Memikat (TNPB)
Chacha Slide (TIMB)
Dondang Dendang (TIB)
Tari Tualang Tiga (TKM)
Tebang Tebu (TS1)
Ayah (TM)
Your Mother (TS2)
Tuntutlah Ilmu (TMPB)
Ya Maulana (TM)
Yaladan (TIPB)
Rentak 106 (TS2)
Fikirkan Boleh (TNPB)
Assalamualaikum Dunia (TM)
Si Tanggang Dengan Ibunya (TIPB)
Shanana (TNPB)
Panama Dance (TS1)
Gambar-gambar dan video persembahan juga akan kami kongsikan di laman facebook Pintar Bistari
Untuk ketika ini, semua tadika di bawah naungan Mybistari Group sedang sibuk dengan pembayaran keperluan 2019 dan juga pra tadika 2019. Bagi ibu bapa yang hendak membuat pembayaran, kaunter pembayaran dibuka dari 9hb hingga 17hb Disember dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Pembayaran boleh dibuat di cawangan anak masing-masing.
Sehingga berjumpa dan bekerjasama lagi pada tahun-tahun yang mendatang!!!
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.