“There’s no
limit in learning when the world is your classroom.”
Antara
bulan yang paling sibuk bagi kami warga MyBistari Group adalah bulan Februari.
Untukbulan yang paling sedikit harinya
inilah beberapa aktiviti dijalankan, antaranya permulaan bagi aktiviti renang
di semua cawangan MyBistari Group, permulaan worksheet, program pergigian
bersama Kodomo Lion dan juga lawatan sambil belajar bagi murid K2. Setiap satu
dari aktiviti itu memerlukan perhatian yang baik dari guru-guru. Kami di
bahagian pengurusan juga tak kurang sibuknya, menyiapkan worksheet, menyedia
dan mengagihkan cenderahati dari pihak Kodomo Lion dan yang paling penting
sekali menyediakan segala kelengkapan untuk lawatan murid K2.
Kali ini
sekali lagi, pihak tadika akan mengadakan lawatan ke Tanjung Balau dan juga
Ladang Burung Unta. Jangan risau ya ibu bapa, namanya sahaja ke Tanjung Balau,
tetapi tiada aktiviti turun ke laut, kami cuma akan bersukaneka sahaja di
sana. Menggunakan kelebihan yang sedia ada di kawasan pantai Tanjung Balau
untuk beriadah memandangkan kawasannya yang luas dan berangin, amat sesuai
untuk beraktiviti.
Duduk berkumpul sementara menanti bas dari tadika lain yang masih belum sampai.
Kawasan yang luas dan berangin, sesuai untuk beriadah.
Lumba terompah, antara aktiviti yang akan dijalankan nanti.
Cepat masuk dalam guni, orang sana dah mula lompat tu!!
Adik Fatih pun nak cuba lompat dalam guni.
Piala-piala yang menanti para pemenang peringkat akhir.
Nanti
setelah puas bermain di tepi pantai dan mengisi perut, anak-anak akan dibawa berjumpa
dengan spesis burung yang paling besar di dunia, iaitu burung unta. Tempat ini
amat bersesuaian untuk anak-anak murid kerana ruangnya yang tidak terlalu besar
dan cukup selesa untuk anak-anak murid meneroka dunia burung unta ini. Di ladang
ini, bukan sahaja ada burung unta, ada juga beberapa spesis burung lain yang
dipamerkan.
Sebelum murid-murid
diberi pelepasan untuk memberi makan burung unta dan melihatnya dengan lebih
dekat, pihak ladang akan terlebih dahulu memberi penerangan kepada para pelawat
dan mereka ini akan berpeluang melihat dan menyentuh telur burung unta yang
sememangnya sangat besar.
Teringat kata-kata
seorang murid yang ikut sama dalam lawatan 2 tahun lepas,
“Cikgu, ini
kalau buat telur dadar, sebulan tak habis ni. Kuningnya tu aje dah besar macam
muka kita,” terkejut mungkin dengan saiz kebesaran telur burung unta itu,
secara spontan dia melompat dan memeluk rakan sebelahnya.
Penerangan berkenaan burung unta.
Tak lepaskan peluang memegang telur burung unta.
Masing-masing mengambil tempat untuk mendengar penerangan.
Hati-hati, jangan jatuh ye cikgu.
Depanlah sikit nak beri makanan, jangan takut-takut.
Cikgu Haliyati cuba mengatasi ketakutan untuk memberi makan.
Alamak, kenapa macam garang je dia tengok kita?
Burung unta bebas berlari di kawasan yang ditetapkan.
Jangan bimbang, pakcik ada tolong pegangkan.
Tengok ni, hebat tak saya?
Untuk tahun
ini, kami ingin mengulang kembali keseronokan yang pernah dilalui oleh
murid-murid 2 tahun lepas. Bukan sekadar keseronokan dapat melihat burung yang
paling besar di dunia, tetapi juga setiap murid akan dapat membawa pulang
pingat atau trofi dari sukaneka di Tanjung Balau nanti. Borang kebenaran lawatan ada
kami lampirkan bersama dengan surat makluman Februari.
Di sini saya kongsikan catatan blog berkenaan lawatan ini pada tahun 2016 :
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.