“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah Al-Hajj, ayat 46)
Sedar tak sedar kita sudahpun masuk bulan ke tiga dalam tahun 2017. Sayangnya kami masih belum berkesempatan lagi berkongsi tentang perkembangan anak-anak murid terutamanya yang baru menjadi sebahagian dari keluarga MyBistari Group. Insyaallah pada posting yang akan datang, kami akan kongsikan perkembangan anak-anak cilik ini. Untuk kali ini, kita akan bercerita berkenaan dengan aktiviti yang bakal dilakukan pada hari Jumaat yang mendatang ini (10hb Mac 2017), lawatan murid K2 ke Tropical Village.
Mode lawatan sudah mula menyerap ke dalam anak-anak murid apabila mereka menyerahkan borang dan juga bayaran lawatan ke tangan guru kelas. Nak tahu apa yang membuatkan mereka teruja? Tropical Village tu ramai yang tak tahu tempatnya, apatah lagi bila diterangkan berkenaan membeli belah di Air Hitam, yang membuatkan mereka bersemangat dan teruja adalah mereka akan menaiki bas bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara semudah itu sudah cukup membuatkan mereka sengih sampai ke telinga.
Tahun terakhir kami mengadakan lawatan ke Tropical Village adalah pada 2014, agak lama juga sudah tidak ke sana. Jadi hasil perbincangan dengan pihak atasan, keputusan diambil untuk kembali mengadakan lawatan di sana. Sementara menanti tibanya hari yang tunggu, jom kita imbas semula lawatan ke Tropical Village beberapa tahun lepas!
Beratur untuk naik masuk ke dalam bas. |
Aktiviti wajib kalau ke sini, naik Dinosaur Train! |
Ok, jelajah Mini Malaysia Park pula!! |
Eh... eh.. Encik Bos kita pun naik kereta api layankan Fatih ya.. |
Seronoknya main-main kat sini! |
Laluan kereta api di Dinosaur Park |
Rumah Hantu pun ada, tapi kami cuma masuk ke Rumah Cermin Ajaib sahaja. |
Sedia untuk makan tengahari |
Berkelah di sekitar kawasan taman permainan. |
Cerita di blog berkenaan lawatan pada tahun terdahulu:
Bagi murid-murid yang bakal turut serta ke trip lawatan Tropical Village tahun ini, jangan lupa bawa topi ya! Adalah lebih baik juga jika pihak ibu bapa membekalkan pakaian ganti, maklum sahajalah, perjalanan agak jauh dan cuaca sejak akhir-akhir ini juga tidak menentu.
Jom ke Tropical Village!!
~Cik Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.