Monday, August 8, 2016

MARI BEREKSPERIMENTASI

Tekun melihat eksperimen yang dijalankan (TIB)
Bismillahirrahmanirrahim

Al-Baqarah ayat 164, Allah berfirman, “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang; dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudahnya mati, serta dia biakkan padanya dari pelbagai jenis binatang; demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dan bumi, sesungguhnya pada kesemua itu ada tanda-tanda kewujudan serta kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.”

Ayat ini menekankan tentang kepentingan akal untuk menemui Tuhan. Dengan menggunakan akal untuk mengkaji alam ciptaan Allah, manusia mampu mencari serta mengenaliNya.  Akal ini jugalah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. 

Potensi akal ini hebat. Terpulang kepada guru untuk mencorakkan kecerdasan murid ke jalan yang sepatutnya. Itulah yang kami lakukan juga di sini. Berusaha untuk mengembangkan potensi setiap anak yang dititipkan kepada kami. Kepandaian dan kecerdasan murid di setiap kelas memang berbeza. Memang sudah menjadi sifat anak-anak pada umur yang sebegini, hidup mereka penuh dengan sifat ingin tahu.


Salah satu cara yang kami manfaatkan adalah ketika subjek Sains.  Setiap eksperimen yang di tunjukkan di dalam buku mereka akan direalisasikan. Baru-baru ini murid-murid 6 tahun dan 6 Bistari mempelajari konsep tenggelam timbul. Seperti biasa, selepas sesi penerangan dibuat oleh guru, akan tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid, berekperimentasi.



Hasil pemerhatian yang diperolehi (TKM1)

Dah boleh letak ke belum ni cikgu? Tak sabar ni.. (TKM1)

Eh.. meja belah sana dah mula buat eksperimenlah!! (TKM1)

Sudu saya timbul!! (TIB)

Eh.. kenapa sudu saya tenggelam? (TIB)

Cepatlah letak dalam air ni.. (TKM1)

Belon ni timbul mesti sebab ada angin dalamnya, kan? (TKM1)
Sudu ni mesti tenggelam, sebab besi ni berat (TKM2)
Tersenyum menanti giliran untuk membuat eksperimen (TKM2)

Ye.. inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk eksperimen ini (TMPB)

Mari kita tengok hasilnya (TMPB)

Giliran kami pula buat eksperimen (TMPB)

Sila berikan tumpuan ye.. saya nak buat magik ni (TS2)

Ok.. kita cuba garfu pula ye..(TNPB)

Waaahhh.. tenggelam!! (TNPB)

Errr.. cikgu.. kenapa garfu yang ni timbul? (TNPB)


Bukan setakat anak-anak murid sahaja yang teruja ketika aktiviti ini dijalankan, guru-guru juga turut gembira melihat telatah anak murid yang seronok mengalami sendiri eksperimen itu. Nanti kalau ada lagi eksperimen begini, akan kami kongsikan lagi untuk tatapan ibu bapa.

~Cikgu Norifah~

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.