Semenjak Isnin lagi, penglihatan saya agak kabur. Mungkin mata ini telah dimamah usia dan memerlukan cermin mata, detik hati saya.
Oh tidak rupanya. Mata saya masih ok-ok saja lagi. Rupanya Pasir Gudang dilanda jerebu. Inilah yang berlaku sepanjang minggu ini. Kalau yang sentiasa bekerja di luar, mungkin akan merasai perbezaan cuaca ini. Mata rasa pedih dan hidung terasa perit.
Anak-anak di tadika juga telah mula memakai 'nasal mask'. Setiap hari dalam minggu ini guru-guru menasihati anak-anak agar banyakkan minum air, kurangkan bermain...